Klon P.Ramlee meninggal dunia

 


Penyanyi, Fairuz Misran ( 38 tahun ) yang memiliki wajah dan suara seiras Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggal dunia pada 8 September 2023.

Allahyarham Fairuz dilaporkan rebah di kediamannya pada pukul 1.10 tengah hari tadi dan dikejarkan ke Hospital Labuan sebelum disahkan meninggal dunia pukul 1.50 petang.

Pemergian Fairuz turut disahkan oleh ahli keluarganya, Ruzaidi Misran menerusi perkongsian di Facebook. Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah dan dibesarkan di Papar sebelum menetap di Kampung Pantai, Labuan.

Juara Bintang P. Ramlee peringkat kebangasaan 2012 itu dikenali dengan gelaran 'klon' P. Ramlee kerana memiliki rupa paras dan suara mirip seniman berkenaan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan