Liga Super Malaysia : 29 Jun 2022


Hanya satu perlawanan berlangsung pada hari Rabu, 29 Jun 2022 iaitu melibatkan Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC,

Keputusan perlawanan

Terengganu FC 0 - 0 Negeri Sembilan FC






Liga Super Malaysia : 28 Jun 2022

 

Dua perlawanan berlangsung pada Selasa, 28 Jun 2022 iaitu melibatkan JDT dan PJ City serta Selangor menentang Sabah.

Keputusan perlawanan

JDT 4 - 0 PJ City
23' Bergson ( JDT )
26' Fernando Forestieri ( JDT )
65' Bergson ( JDT )
86' Fernando Forestieri ( JDT )

Selangor 1 - 1 Sabah
2' Caion ( Selangor )
53' Saddil Ramdani ( Sabah )


#ligasupermalaysia2022




Liga Super Malaysia | Jumaat - 24 Jun 2022

 


Hanya satu perlawanan berlangsung pada hari Jumaat, 24 Jun 2022, melibatkan pasukan bola sepak JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim.

KEPUTUSAN PERLAWANAN


JDT
 5 - 1 Selangor FC
3' Bergson ( JDT )
24' Fernando Forestieri ( JDT )
35' Leandro Velazquez ( JDT )
54' Bergson ( JDT )
82' Mohd Norhakim ( Selangor FC )
90' + 2' Mohamadou Sumareh ( JDT )


#ligasupermalaysia2022







Sebilangan kawasan Klang banjir

Peralatan Bomba yang dikerahkan ke lokasi banjir. 

 

Beberapa buah rumah di dua kawasan dalam daerah ini dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat selama beberapa jam, pada awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera, pacuan empat roda bersama bot aluminium dan anggota dikerahkan ke lokasi di Jalan Pengkalan, Kampung Nelayan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.12 pagi.

"Berlaku banjir kilat melibatkan sebuah rumah. Terdapat lima mangsa terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak.

"Kesemua mangsa berpindah untuk menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi ini," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, dalam kejadian berasingan, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Telok Panglima Garang dikerahkan ke Jalan Perepat setelah menerima laporan banjir pada jam 7.19 pagi.

"Pasukan penyelamat tiba pada jam 7. 24 pagi dan mendapati berlaku banjir kilat melibatkan lima buah rumah," katanya.

Sementara itu, menurut Hafisham, pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.24 pagi melaporkan sebatang pokok tumbang dan menghempap empat buah kenderaan di Jalan Samudera 10/2 di sini.

"Sebatang pokok tumbang dan menghalang laluan serta menghempap empat buah kenderaan jenis Perodua Myvi, Axia, Bezza dan Haval bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.




Kredit : 

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil ( Karangkraf )

Liga Super Malaysia | 22 Jun 2022

Hanya satu perlawanan berlangsung pada hari ini (Rabu, 22 Jun 2022), melibatkan pasukna bola sepak Penang FC dan Terengganu FC.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Penang FC
2 - 1 Terengganu FC
22' Hilal El-Helwe ( Penang FC )
48' Faisal Halim ( Terengganu FC )
50' Saravanan Tirumurugan  ( Penang FC )


#ligasupermalaysia2022

Variasi baharu durian tahun 2022



Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah memperkenalkan varieti durian baharu dikenali D216 (J. Sparrow) dan D217 (Jerai) yang ditanam di ladang durian di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong dekat Sungai Petani Kedah.

Warna isi durian J. Sparrow adalah perang kuning muda & mempunyai aroma sederhana. Purata kemanisannya pula ialah 35.3% Brix & skala  kepahitannya sederhana.

Durian Jerai pula warna isinya adalah kuning muda dan ia mempunyai aroma yang kuat. Purata kemanisannya pula adalah 35% Brix & skala  kepahitannya sederhana. Teksturnya sederhana kasar dan rasa berkrim adalah kuat.

Durian J. Sparrow dijual pada harga antara RM35 hingga RM45 bagi sekilogram manakala RM20 hingga RM35 sekilogram bagi durian Jerai.





Kredit : 📸 Noraini Ahmad | BERNAMA



Liga Super Malaysia : 19 Jun 2022


Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 19 Jun 2022, 9.00 malam. Hanya satu perlawanan berlangsung pada malam ini.

Perlawanan melibatkan Selangor dan Sarawak United, berlangsung di Stadium MPPJ. Manakala pertembungan antara KDA FC dan JDT ditangguhkan. 


Keputusan penuh perlawanan


Selangor FC 7 - 0 Sarawak United
7' Brendan Seng Ling Gan ( Selangor FC )
23' Hyuri ( Selangor FC )
45' Caion ( Selangor FC )
50' Nor Hakim Hassan ( Selangor FC )
75' Caion ( Selangor FC )
88' Caion ( Selangor FC )
90'+2' Aliff Haiqal ( Selangor FC )




Liga Super Malaysia : 18 Jun 2022

 


Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 18 Jun 2022. Empat perlawanan berlangsung pada malam ini.

Perlawanan melibatkan Melaka United dan Negeri Sembilan serta Sabah dan Sri Pahang berlangsung awal pada 8.15 malam. Manakala perlawanan Penang FC dan Petaling Jaya FC serta Terengganu FC dan KL City FC dimulakan pada jam 9.00 malam.


Melaka United 0 - 0 Negeri Sembilan


Sabah FC
2 - 1 Sri Pahang FC
10' Altemir Cordeiro Pessoa Neto ( Sabah FC )
18' Taiki Kagayama ( Sabah FC )
60' Federico Hildalgo Gasparini ( Sri Pahang FC )

Penang FC 1 - 1 PJ City FC
36' Kumaahran Sathasivam ( PJ City FC )
63' Casagrande ( Penang FC )

Terengganu FC
2 - 0 KL City FC
75' Habeeb Haroun ( Terengganu FC )
81' Manuel Gelito Ott ( Terengganu FC )

#ligasupermalaysia








Adibah Noor dalam kenangan

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali "

Penyanyi & penghibur serba boleh,  Adibah Noor binti Mohamed Omar disahkan telah meninggal dunia pada 18 Jun 2022 kurang lebih 6.30 petang, kerana penyakit kanser ovari tahap empat.

Jenazah diuruskan di Hospital Gleaneagles dan khabarnya di bawa ke rumah ayahnya di Keramat Permai. 








KELAYAKAN AFC PIALA ASIAN 2023 : Malaysia - Bangladesh

 

Kumpulan E | Kelayakan Piala Asian 2023 | Selasa, 14 Jun 2022 - 9.00 malam | Stadium Nasional Bukit Jalil


KEPUTUSAN PERLAWANAN

MALAYSIA 4 - 1 BANGLADESH
16' Safawi Rasid - penalti ( Malaysia )
31' Mohammad Ibrahim ( Bangladesh )
38' Dion Cools ( Malaysia )
47' Syafiq Ahmad ( Malaysia )
73' Darren Lok ( Malaysia )


#asiancup2023 #malaysia #harimaumalaya









Abdul Hamid Abdul Rahman meninggal dunia


Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang, 14 Jun 2022.

Arwah dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan arwah dalam keadaan tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebelum ini, Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan hanya mampu terlantar atas katil selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu.

Bintang yang dikenali menerusi komedi, Panglima Badol yang diterbitkan pada 1978, dilaporkan tidak pernah menghidap penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan keadaannya yang semakin uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Beliau juga pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.

Hamid mendirikan rumah tangga pdengan Timah Abdul Hamid, 80 pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata.

Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Menurut sumber, setakat ini belum memperoleh sebarang maklumat berhubung pengebumian arwah.



Kredit : Astro Awani




KELAYAKAN AFC PIALA ASIAN 2023 : Malaysia - Bahrain



Perlawanan kedua pasukan bola sepak Malaysia dalam Kumpulan E yang berlangsung pada 11 Jun 2022, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Keputusan Perlawanan


MALAYSIA 1 - 2 BAHRAIN 
54' Mohamadou Sumareh [ Malaysia ]
57' Ali Haram [ Bahrain ]
81' Abdulla Yusuf Helal [ Bahrain ]







Buah Gac ( nama botanikal : Momordica Cochinchinensis )


Buah Gac ( Momordica Cochinchinensis ) dari Asia Tenggara, terutamanya dari negara seperti Thailand dan Vietnam. Ia juga didapati tumbuh subur di negara China, India dan dikatakan oleh sesetengah orang, di bahagian utara Australia.

Buah Gac secara tradisinya telah digunakan di Asia untuk memberikan warna merah untuk masakan dan meningkatkan kesihatan penglihatan.

Ia mempunyai rasa manis yang sederhana dan mungkin boleh dibandingkan dengan rasa seperti timun segar, tembikai atau sedikit seperti lobak merah.

Sebagai tambahan kepada cara penggunaan tradisional, dalam bahan produk komersial seperti serbuk Gac dan minyak Gac telah dihasilkan sebagai pewarna semula jadi dan suplemen perubatan.

Gac mempunyai kandungan likopena yang sangat tinggi, mengandungi sehingga 70 kali ganda jumlah likopena yang terdapat dalam tomato. Ia juga mempunyai 10 kali ganda jumlah beta-karotena yang terdapat dalam lobak merah atau ubi keledek.

#buahsuper #superfruit



Apakah maksud Bon Odori ?

 

Bon Odori (盆踊り), bermaksud "tarian Bon", ialah gaya tarian yang dipersembahkan semasa Obon. Ia adalah hiburan rakyat, yang mempunyai sejarah hampir 600 tahun. Pada asalnya tarian rakyat "Nenbutsu" ( amalan agama dalam Buddhisme Pureland melaungkan atau memanggil nama Buddha ) untuk mengalu-alukan roh orang mati.

Pada pendapat saya, ia bukannya dibuat untuk umum kerana telah jelas bahawa ianya khusus untuk orang yang beragama Buddha atau yang berasaskan ajaran Buddha. 

Maka jika ianya diadakan di Malaysia oleh organisasi yang berkenaan ( pengamal agama Buddha ), ia tiada masalah. Mereka yang beragama Islam tidak perlu hadir ke upacara berkenaan. Yang hadir hanyalah mereka yang beragama Buddha atau orang kafir yang lain.


Kredit : Wikipedia

Keputusan kelayakan AFC Piala Asian 2023 - Turkmenistan & Malaysia


Skuad kebangsaan Malaysia bertemu Turkmenistan pada aksi pertama Malaysia dalam Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 Jun 2023, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan Perlawanan


Turkmenistan 1 - 3 Malaysia
11' Safawi Rasid [ Malaysia ]
16' Faisal Halim [ Malaysia ]
37' Altymyrat Annadurdyyew [ Turkmenistan ]
45' + 2' Lawrence Corbin Ong [ Malaysia ] 



#HarimauMalaya #bolasepak #malaysia #turkmenistan #asiancup2023

AFC Asian Cup Under 2 see3 - Group C : Malaysia vs Thailand


 
Kumpulan C, Piala Asia B-23 2022

🕚 11.00 malam | Ahad, 5 Jun 2022 (Waktu Malaysia)

🏟 Stadium Bunyodkor, Tashkent, Uzbekistan


Keputusan Perlawanan


 🇲🇾 MALAYSIA 0 - 3 THAILAND  🇹🇭
23' Suphanat Mueanta ( Thailand )
69' Channarong Promsrikaew  ( Thailand )
73' Suphanat Mueanta ( Thailand )



#FAM #HarimauMalaya #AFCU23

Keputusan AFC Asian Cup U23 - Korea Selatan U23 lawan Malaysia U23


Piala Asia B-23 2022 | Kumpulan C | Khamis, 2 Jun 2022

⚽ Korea Selatan 🇰🇷 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕘 9.00 malam ( waktu Malaysia )
🏟 Stadium Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan


KEPUTUSAN PERLAWANAN


Korea Selatan 🇰🇷 4 - 0 🇲🇾 Malaysia

31' Sang-Min Lee ( Korea Selatan )
48' Tae-Hwan Kim( Korea Selatan )
83' Mukhairi Ajmal ( Malaysia )
88' Young-Wook Cho ( Korea Selatan )
90'+2' Young-Wook Cho ( Korea Selatan )




#FAM #HarimauMalaya #AFCU23


Keputusan perlawanan bola sepak Malaysia dan Hong Kong - 1 Jun 2022



Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1

⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇭🇰 HONG KONG
🕘 Rabu, 1 Jun 2022 | 9.00 malam
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil


Keputusan Perlawanan


Malaysia 2 - 0 Hong Kong
31' Safawi Rasid - penalti [ Malaysia ]
90' Syafiq Rahim - sepakan percuma [ Malaysia ]




#FAM #HarimauMalaya #ayuhmalaysia

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan