HENTIKAN budaya nasi berpaku !


𝙋𝙐𝘽𝙇𝙄𝘾 𝙃𝙀𝘼𝙇𝙏𝙃 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼

Seorang kanak-kanak dibawa oleh keluarga ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri tertelan paku. Kanak-kanak tersebut mengalami sakit perut dan menangis tidak henti.

Imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut.

Pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan paku tersebut.

Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing di dalam makanan. 

Untuk mencegah kejadian berisiko ini,

❌ Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan paku.

❌ Pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan.

❌ Jangan letak paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak.

Paku dianggap sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.

Guna getah (atau kaedah mengikat lain) tidak mengubah rasa, resepi asal makanan. Jika ada menemui peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.


Apa yang perlu dibuat jika terjumpa ic ?

 


Anda jumpa IC? Nak cari owner IC? Nak cari waris kepada pemilik IC yang kemalangan? 

Berikut adalah langkah yang perlu anda buat sebagai usaha untuk memulangkan kad pengenalan ( atau sebarang bentuk dokumen pengenalan diri ) kepada pemiliknya :

1. Ambil gambar IC dan edit dahulu!

- Padamkan 4~6 digit terakhir no. IC
- Padamkan No. Rumah dan Nama Jalan pada Alamat Tempat Tinggal.
-Cuma tinggalkan Poskod, Daerah dan juga Negeri.

2. Nyatakan lokasi tepat anda menjumpai IC tersebut. Ia sememangnya AMAT membantu!
Contoh :

- Stadium Bukit Jalil, Bukit Jalil, K. Lumpur.
- Plaza Alam Central, Shah Alam, Selangor.
- Menara Condong, Teluk Intan, Perak.

3. Tinggalkan butir-butir maklumat yang perlu untuk menghubungi anda seperti No. Telefon dan jumpa pemilik atau waris pemilik di Balai Polis berhampiran untuk urusan pemulangan IC demi keselamatan setiap pihak. Buat laporan polis juga adalah digalakkan.

4. Jangan lupa taip#jumpaic setiap kali anda menjumpai IC dan meletakkan pos anda di media sosial anda.

#kadpengenalan
#jumpaic
#hilangic
#hilangkadpengenalan
#jumpakadpengenalan



Hajmi meninggal dunia ( penyanyi kumpulan Screen )

 



Khabar hiba buat peminat-peminat kumpulan Screen lantaran pemergian Hajmi bin ibrahim atau dikenali sebagai Gmie, vokalis kumpulan Screen yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi ( 10 Disember 2021 ) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham Gmie meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.

Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujar Siti Hadirah.

Arwah dimaklumkan akan di kebumikan di Kampung Medan Sijangkang, Selangor.


Kredit :

- Geng Viral Melaka

- Sinar Harian

Keputusan perlawanan Malaysia - Laos : AFF Suzuki Cup 2020

 

Piala Suzuki AFF 2020 | Kumpulan B | Khamis, 9 Disember 2021

⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚 🇱🇦 LAOS

🕣 5.30 petang ( waktu Malaysia )

🏟 Stadium Bishan, Singapura


KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 🇲🇾 4 - 0 🇱🇦 LAOS

7' Safawi Rasid ( Malaysia )

34' Safawi Rasid ( Malaysia )

78' Shahrul Saad ( Malaysia )

80' Safawi Rasid ( Malaysia )



#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvLAO #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether



Cambodia - Malaysia : AFF Suzuki Cup 2020 | Kumpulan B

 

Naib juara 2018 Malaysia menjadi tumpuan utama dalam aksi pembukaan Kumpulan B ketika mereka berdepan pasukan muda Kemboja yang ingin membuat kejutan pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki kelapan mereka.

Harimau Malaya menjuarai kejohanan itu buat kali pertama dan satu-satunya pada 2010 tetapi mara ke final pada 2014 dan edisi sebelumnya dan memasukinya dengan harapan tinggi sekali lagi. 

Walaupun persiapan mereka terjejas oleh tugas domestik untuk sebahagian besar skuad mereka kini selamat tiba di Singapura di mana mereka sekali lagi di bawah bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe, yang merupakan satu-satunya pengurus tempatan di Piala AFF Suzuki 2020.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


Cambodia 0 - 3 Malaysia

23' penalti | Safawi Rasid ( Malaysia )
61' Muhammad Akhyar Abdul Rashid ( Malaysia )
79' Raj Kogileswaran ( Malaysia )






Urut kaki di Vintage Night Market Melaka


Jom hadir ke Vintage Night Market Melaka pada 3, 4 dan 5 Disember 2021 ( Jumaat, Sabtu dan Ahad ), bermula jam 5.00 petang hingga 11.50 malam untuk mendapatkan khidmat urutan kaki dan produk IKS seperti minyak urut, balm dan masker pencuci muka. 

Caj urutan kaki :

- 40 minit = RM25.00

- 20 minit = RM15.00







#vintagenightmarketmelaka

#urutkakimelaka


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan