HENTIKAN budaya nasi berpaku !


𝙋𝙐𝘽𝙇𝙄𝘾 𝙃𝙀𝘼𝙇𝙏𝙃 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼

Seorang kanak-kanak dibawa oleh keluarga ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri tertelan paku. Kanak-kanak tersebut mengalami sakit perut dan menangis tidak henti.

Imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut.

Pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan paku tersebut.

Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing di dalam makanan. 

Untuk mencegah kejadian berisiko ini,

❌ Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan paku.

❌ Pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan.

❌ Jangan letak paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak.

Paku dianggap sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.

Guna getah (atau kaedah mengikat lain) tidak mengubah rasa, resepi asal makanan. Jika ada menemui peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan