Hajmi meninggal dunia ( penyanyi kumpulan Screen )

 



Khabar hiba buat peminat-peminat kumpulan Screen lantaran pemergian Hajmi bin ibrahim atau dikenali sebagai Gmie, vokalis kumpulan Screen yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi ( 10 Disember 2021 ) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Allahyarham Gmie meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.

Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujar Siti Hadirah.

Arwah dimaklumkan akan di kebumikan di Kampung Medan Sijangkang, Selangor.


Kredit :

- Geng Viral Melaka

- Sinar Harian

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan