Anda jumpa IC? Nak cari owner IC? Nak cari waris kepada pemilik IC yang kemalangan?
Berikut adalah langkah yang perlu anda buat sebagai usaha untuk memulangkan kad pengenalan ( atau sebarang bentuk dokumen pengenalan diri ) kepada pemiliknya :
1. Ambil gambar IC dan edit dahulu!
- Padamkan 4~6 digit terakhir no. IC
- Padamkan No. Rumah dan Nama Jalan pada Alamat Tempat Tinggal.
-Cuma tinggalkan Poskod, Daerah dan juga Negeri.
2. Nyatakan lokasi tepat anda menjumpai IC tersebut. Ia sememangnya AMAT membantu!
Contoh :
- Stadium Bukit Jalil, Bukit Jalil, K. Lumpur.
- Plaza Alam Central, Shah Alam, Selangor.
- Menara Condong, Teluk Intan, Perak.
3. Tinggalkan butir-butir maklumat yang perlu untuk menghubungi anda seperti No. Telefon dan jumpa pemilik atau waris pemilik di Balai Polis berhampiran untuk urusan pemulangan IC demi keselamatan setiap pihak. Buat laporan polis juga adalah digalakkan.
4. Jangan lupa taip : #jumpaic setiap kali anda menjumpai IC dan meletakkan pos anda di media sosial anda.
#kadpengenalan
#jumpaic
#hilangic
#hilangkadpengenalan
#jumpakadpengenalan