Siaran langsung CIMB Liga Super Malaysia antara JDT dan Sabah di channel RTM Sports


Perlawanan ke 10 saingan CIMB Liga Super diantara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Sabah pada Jumaat, 2 Oktober 2020 nanti akan disiarkan secara langsung oleh RTM Sports.

Maklumat ini adalah berdasarkan jadual siaran yang telah dikeluarkan oleh pihak RTM melalui laman web rasmi mereka selepas kami membuat tinjauan dan mendapati siaran perlawanan itu akan bermula pada jam 8.30 malam.

Siaran itu yang diletakkan dibawah saluran RTM Sports dan penonton boleh menyaksikan perlawanan menggunakan 2 platform iaitu secara online menggunakan MyKlik serta melalui televisyen menggunakan myfreeview TV dimana saluran RTM Sports adalah pada saluran 111.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu juga dijangka bakal menyaksikan pasukan JDT menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-7 berturut-turut, dimana mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata bagi mengesahkan kejuaraan.

Sabah pula yang memperoleh kemenangan penting 3-2 keatas Melaka sebelum ini akan cuba membawa pulang mata bagi membolehkan mereka menjarakkan kedudukan untuk terus kekal berada dalam saingan Liga Super musim 2021.


Kredit : Vocket fc

Restoran McDonald's di Tampin, Negeri Sembilan


Dengan wujudnya Restoran  McDonald's di Tampin,  Negeri Sembilan, maka ia menjadi satu-satunya restoran makan segera di Malaysia yang bumbungnya bercirikan kebudayaan Minang Kabau. Ia dirancang dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 25 September 2020. 

Untuk makluman kepada anda yang mungkin tidak tahu, restoran ini dibina atas bekas tapak Rumah Rehat Tampin yang telah wujud beberapa puluhan tahun sebelum ini, namun ia telah terlalu lama ditinggalkan. Lokasi ini bersebelahan dengab stesyen minyak dan berseberangan dengan sekolah rendah dan menengah. 

Kini, McDonald's ( Mekdi ) telah menyertai beberapa jenama perniagaan terkenal yang ada di Pekan Tampin iaitu Mydin, Econsave,  Pizza Hut serta KFC.






* Kredit : Bosamo Tok Min ( Facebook) 


Kereta ditimpa penghadang jalan di MRR2

Kemalangan dilaporkan berlaku pada petang 19 September 2020 di MRR2 berhadapan TBS dari Sungai Besi menghala ke Cheras. 

Batu konkrit penghadang jalan laluan atas jatuh menghempap sebuah kereta yang sedang melalui laluan berkenaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. 



 


Video :

Kredit :

#TIcrew📍
#inforoadblock


CIMB Liga Super Malaysia : 19 September 2020

 

Berikut adalah keputusan dua perlawanan CIMB Liga Super Malaysia  yang ke lapan, yang  berlangsung pada Sabtu,  19 September 2020. Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9.00 malam.

KEPUTUSAN SEMASA PERLAWANAN ( rehat ) 

JDT 1 - 0 Selangor

45' + 1'  ( JDT ) 

00' --- ( --- ) 

UiTM 1 - 1 Terengganu 

4' Muhd Arif ( UiTM ) 

38' Lee Tuck - penalti ( Terengganu )



Pelakon veteran, Mohd Idris meninggal dunia

 


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu anhu.

Pelakon drama, MOHD IDRIS BIN MOHD DIAH (Idris Mddiah) telah kembali ke rahmatullah pada pagi 14 September 2020. Arwah meninggal dunia lebih kurang pada pukul 2.30 pagi di kediamannya di Persint 9, Putrajaya.

Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin. InsyaAllah.

Arwah dikebumikan sebelum waktu zohor di Tanah Perkuburan Bukit Lagong 16, Jalan E 4/10, Taman Ehsan, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kematian kerbau kesayangan Mowgli Malaysia

 


Sedih mendengar berita mengenai kematian kerbau kerbau kesayangan Mowgli Malaysia, adik syukor. 30 ekor mati dalam tempoh singkat dan kerugian dianggarkan mencecah 200 ribu ringgit.

Berkemungkinan besar ia mati kerana penyakit hawar berdarah bagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan itu akan diperolehi dua minggu lagi.

Apakah itu penyakit Hawar Berdarah?

Penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS ialah penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B. 

Penyakit ini menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau.

Wabak penyakit boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi kekerapan penyakit meningkat pada musim hujan.  Sebah itu bagi mencegah jangkitan ini, sekurang kurangnya 70% ternakan dalam setiap gerompok perlu diberi vaksin HS sebaiknya sebelum bermulanya musim hujan

Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang menyebabkan kematian dalam jangkamasa 8 - 24 jam selepas dijangkiti dan jarang ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS.

Gejala

kelesuan, kemurungan, tidak aktif, demam, mulut dan hidung yang berlendir, bengkak pada bahagian kepala, leher dan dada serta membran mukosa menjadi merah. 

Semoga adik syukor dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan diberi rezeki yang lebih baik dimasa hadapan

Sumber :

- Public Health Malaysia

CIMB Liga Super Malaysia :12 September 2020

Berikut adalah keputusan baki perlawanan ke tujuh, CIMB Liga Super Malaysia yang  berlangsung pada Sabtu,  12 September 2020.

KEPUTUSAN SEMASA PERLAWANAN

Felda United 1 - 2 Kedah

45' Zamri ( Felda United ) 

48' Tchetche Kipre ( Kedah ) 

66' Muhammad Hadin ( Kedah ) 


Pahang 2 - 1 PDRM

37' Ivan Carlos ( Pahang ) 

74' Faisal Abdul Halim ( Pahang) 

83' Amir Saiful Badeli ( PDRM) 


PJ City 1 - 1 Sabah

53' Elizue ( PJ City ) 

88' Rodoljub Paunovic ( Sabah) 


CIMB Liga Super Malaysia - 11 September 2020



Berikut adalah keputusan tiga perlawanan CIMB Liga Super Malaysia  yang ke tujuh, yang  berlangsung pada Jumaat,  11 September 2020. Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9.00 malam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Perak 1 - 0 UiTM

05' Shahrel Fikri ( Perak ) 

Selangor 1 - 1 Melaka United

38' Uche Agba ( Melaka United ) 

40' Sandro da Silva ( Selangor ) 

Terengganu FC 0 - 1 JDT

05' Safawi ( JDT ) 


Cukai mungkin dikenakan untuk pembelian dalam talian


Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, caj mungkin dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menetapkan minimum pembelian yang membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan.

"Perkara ini masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

"Pada masa sama, caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber.

"Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sekarang ini, banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan berlaku.

"Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh Parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Komuniti @ Merdeka di Pengkalan Petah, di sini, hari ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Zahidi Zainul berkata, sejak kebelakangan ini, banyak berlaku serangan siber di seluruh dunia akibat ketirisan data seperti yang berlaku pada Western Union, baru-baru ini yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

"Oleh sebab itu, sistem keselamatan siber di negara ini perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan bagi mengelak ia berlaku.

"Justeru, kita perlu sama-sama membantu untuk menampung kos penambahbaikan komunikasi kerana ia membabitkan perbelanjaan besar," katanya.


Kredit :

© New Straits Times Press (M) Bhd

Harian Metro online

CIMB Liga Super Malaysia : 5 September 2020

 


Berikut adalah keputusan baki perlawanan ke enam, CIMB Liga Super Malaysia yang  berlangsung pada Sabtu,  5 September 2020.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Kedah 2 - 1 PJ City

16' Brandao ( PJ City ) 

24' Kpah Sherman ( Kedah ) 

61' Tcheche Kipre ( Kedah ) 


PDRM 1 - 1 Felda United

49' Muhamad Eskandar Ismail ( PDRM ) 

71' Khairul Amri - penalti ( Felda United ) 


UiTM 1 - 0 Pahang

63' Yaacob Rafie ( PJ City ) 




CIMB Liga Super Malaysia : 4 September 2020


Keputusan tiga perlawanan CIMB Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 4 September 2020, melibatkan pasukan Sabah dan Selangor, JDT dan Perak serta Melaka United dan Terengganu :

KEPUTUSAN PENUH 

Sabah 1 - 2 Selangor

65' Rodoljub Paunovic ( Sabah )

72' Ifedayo Olusegun ( Selangor )

81' Ifedayo Olusegun ( Selangor )

JDT 7 - 0 Perak

22' Afiq Fazail ( JDT) 

36' Gonzalo Cabrera ( JDT)

45' Gonzalo Cabrera - penalti ( JDT)

45' + 2' Ramadhan Saifullah ( JDT) 

63' Gonzalo Cabrera ( JDT )

79' Muhammad Safawi ( JDT )

84' Muhammad Akhyar Abdul Rashid ( JDT )

Melaka United 1 - 0 Terengganu 

60' Uche Agba ( Melaka United )


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan