Dengan wujudnya Restoran McDonald's di Tampin, Negeri Sembilan, maka ia menjadi satu-satunya restoran makan segera di Malaysia yang bumbungnya bercirikan kebudayaan Minang Kabau. Ia dirancang dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 25 September 2020.
Untuk makluman kepada anda yang mungkin tidak tahu, restoran ini dibina atas bekas tapak Rumah Rehat Tampin yang telah wujud beberapa puluhan tahun sebelum ini, namun ia telah terlalu lama ditinggalkan. Lokasi ini bersebelahan dengab stesyen minyak dan berseberangan dengan sekolah rendah dan menengah.
Kini, McDonald's ( Mekdi ) telah menyertai beberapa jenama perniagaan terkenal yang ada di Pekan Tampin iaitu Mydin, Econsave, Pizza Hut serta KFC.
* Kredit : Bosamo Tok Min ( Facebook)