Siaran langsung CIMB Liga Super Malaysia antara JDT dan Sabah di channel RTM Sports


Perlawanan ke 10 saingan CIMB Liga Super diantara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Sabah pada Jumaat, 2 Oktober 2020 nanti akan disiarkan secara langsung oleh RTM Sports.

Maklumat ini adalah berdasarkan jadual siaran yang telah dikeluarkan oleh pihak RTM melalui laman web rasmi mereka selepas kami membuat tinjauan dan mendapati siaran perlawanan itu akan bermula pada jam 8.30 malam.

Siaran itu yang diletakkan dibawah saluran RTM Sports dan penonton boleh menyaksikan perlawanan menggunakan 2 platform iaitu secara online menggunakan MyKlik serta melalui televisyen menggunakan myfreeview TV dimana saluran RTM Sports adalah pada saluran 111.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu juga dijangka bakal menyaksikan pasukan JDT menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-7 berturut-turut, dimana mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata bagi mengesahkan kejuaraan.

Sabah pula yang memperoleh kemenangan penting 3-2 keatas Melaka sebelum ini akan cuba membawa pulang mata bagi membolehkan mereka menjarakkan kedudukan untuk terus kekal berada dalam saingan Liga Super musim 2021.


Kredit : Vocket fc

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan