Keputusan Piala Malaysia : 30 Oktober 2021

 


Terdapat empat perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia yang berlangsung pada hari ini.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Kuala Lumpur City 4 - 0 Sarawak United

9' Romel Morales ( Kuala Lumpur City )

12' Romel Morales ( Kuala Lumpur City )

55' Janasekaran Partiban ( Kuala Lumpur City )

59' Ryan Lambert ( Kuala Lumpur City )


Perak FC 1 - 4  Terengganu FC

8' Faisal Abdul Halim ( Terengganu FC )

24' Sergio Aguero ( Perak FC )

47' Danish Haziq - gol sendiri ( Terengganu FC )

53' Lee Tuck ( Terengganu FC )

83'  Lee Tuck ( Terengganu FC )


Selangor FC 5 - 1 Kuching City FC

1' Hein Aung ( Selangor FC )

11' Ijezie Chukwubunna ( Kuching FC )

59' Danial Asri ( Selangor FC )

66' Safuwan Baharudin ( Selangor FC )

80' Danial Asri ( Selangor FC )

90'+3' Sean Selvaraj ( Selangor FC )


Sri Pahang 4 - 0 Penang FC

13' Abdul Malik ( Sri Pahang )

46' Manuel Hidalgo  ( Sri Pahang )

53' Abdul Malik  ( Sri Pahang )

74' Abubakar Yakubu  ( Sri Pahang )








Piala Malaysia : 29 Oktober 2021


 

Terdapat tiga perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia yang berlangsung pada hari ini.

Perlawanan yang melibatkan pasukan Sabah dan JDT berlangsung lebih awal.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Sabah 0 - 2 JDT

4' Hazwan Bakri ( JDT )

13' Gonzalo Cabrera ( JDT )


Melaka United 2 - 1 Kelantan United

25' Sony Norde ( Melaka United )

43' Shuhei Fukai ( Kelantan United )

54' Adriano ( Melaka United )


PJ City FC 3 - 1 Kelantan FC

10' Darren Lok ( PJ City FC )

19' Raj Kogileswaran ( PJ City FC )

36' Christos Intzidis ( Kelantan FC )

81' Darren Lok ( PJ City FC )


Mohamad meninggal dunia



Pengarah filem terkenal, Mohamad bin Mohamad Khalid, yang dikenali secara profesional sebagai Mamat Khalid telah meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi (23 Oktober 2021).

Dimaklumkan dari sumber, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River kira-kira pukul 11.25 malam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, berkata Allahyarham pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan dikerjarkan ke Hospital Slim River menaiki ambulans. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulans. 

Mamat dikenali dengan filem-filem arahannya antaranya Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi.
Selain itu Allahyarham juga diingati dengan drama-drama komedi arahannya antaranya Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.

Allahyarham juga merupakan penulis skrip bagi filem epik legenda Puteri Gunung Ledang, yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.


Untuk rekod, Mamat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Mamat Khalid adalah penulis skrip, pengarah filem, dan pelakon sesekali dari Malaysia. Beliau merupakan adik kepada kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid, lebih dikenali sebagai Lat.

Kemaskini :
- Solat jenazah diadakan di Masjid Sungai Rokam pada pukul 11.00 pagi dan dikebumikan di Masjid Kampung Paloh, Ipoh Perak.


Kredit :

- Astro Awani
- Kosmo

Kebenaran penyokong masuk ke stadium

 


5,000 HINGGA 20,000 KUOTA KEMASUKAN PENYOKONG KE STADIUM

Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato' Ab Ghani Hassan seperti mana kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa pihaknya menyambut baik keputusan pihak kerajaan untuk membenarkan penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan TM Piala Malaysia 2021 dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), jumlah penyokong yang dibenarkan memasuki stadium adalah mengikut fasa.

Bagi negeri yang berada dalam Fasa 2 dibenarkan 20 peratus atau 5,000 penonton (yang mana lebih rendah) diikuti Fasa 3; 30 peratus atau 10,000 penonton (yang mana lebih rendah) dan Fasa 4; 50 peratus atau 20,000 penonton (yang mana lebih rendah) daripada kapasiti venue yang digunakan untuk hari pertandingan.


Baca lanjut ➡ http://www.malaysianfootballleague.com/articles/5000-hingga-20000-kuota-kemasukan-penyokong-ke-stadium/


#TMPialaMalaysia2021 #MFL


Kredit : Malaysia Football League ( Facebook )

PDRM menguji kenderaan BMW dan Volkswagen untuk penugasan

 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan membuat uji pandu kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang dilengkapi aksesori kenderaan polis bagi mendapatkan maklum balas berhubung kesesuaiannya digunakan dalam penugasan PDRM.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali.

Katanya, uji pandu berkenaan ditawarkan oleh syarikat berkaitan sebelum sebarang keputusan penggunaannya oleh PDRM.

Kenderaan berkenaan akan digunakan jabatan tersebut.

Selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Cawangan Pengawal Pengiring dalam uji pandu selama dua minggu atau peringkat pembuktian konsep tanpa sebarang perjanjian atau urusan pembelian.

Beliau berkata, tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan adalah atas prinsip hanya untuk uji pandu.


#onenews

Reposted from @onenewsonline

Pakis Tanduk Rusa

 


Pakis Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok basar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.

Pakis Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran "adus, pulasari" serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.


Jenis interaksi bagi Pakis Tanduk Rusa adalah sama seperti Paku-pakis Langsuir iaitu Komensalisme.


Kredit : 

- Kosmo

- Wikipedia



Jenama dan model telefon yang tidak lagi boleh menggunakan aplikasi Whatsapp pada 1 November 2021


Aplikasi kiriman mesej popular di telefon pintar iaitu WhatsApp telah mengumumkan bahawa ia akan berhenti berfungsi pada lebih dari 52 telefon pintar mulai 1 November 2021 ini.

Makanya, ramai pengguna yang masih menggunakan model telefon yang terlibat akan disekat daripada menggunakan aplikasi sosial tersebut melainkan mereka menaik taraf peranti mereka atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar.

Bagi telefon pintar yang menggunakan sistem operasi iOS pula, WhatsApp hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas.

Tetapi, bagi model-model tersenarai yang masih menerima sokongan naik taraf sistem operasi, termasuk iPhone 6s yang mempunyai sistem operasi asal iOS 9, pengguna hanya perlu menaik taraf sistem operasi telefon pintar mereka kepada yang terkini dan kemudian masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Pengguna iPhone 4S dan model-model terdahulu pula tidak akan mendapat akses kepada WhatsApp lagi selepas ini kerana ia tidak menyokong iOS 10.

Telefon pintar yang termasuk dalam senarai ini ialah :

iPhone SE
iPhone 6S
iPhone 6S Plus
Galaxy Trend Lite
Galaxy Trend II
Galaxy SII
Galaxy S3 mini
Galaxy Xcover 2
Galaxy Core
Galaxy Ace 2
Lucid 2
Optimus F7
Optimus F5
Optimus L3 II Dual
Optimus F5
Optimus L5
Best L5 II
Optimus L5 Dual
Best L3 II
Optimus L7
Optimus L7 II Dual
Best L7 II
Optimus F6, Enact
Optimus L4 II Dual
Optimus F3
Best L4 II
Best L2 II
Optimus Nitro HD
Optimus 4X HD
Optimus F3Q
ZTE V956
Grand X Quad V987
Grand Memo
Xperia Miro
Xperia Neo L
Xperia Arc S
Alcatel
Ascend G740
Ascend Mate
Ascend D Quad XL
Ascend D1 Quad XL
Ascend P1 S
Ascend D2
Archos 53 Platinum
HTC Desire 500
Caterpillar Cat B15
Wiko Cink Five
Wiko Darknight
Lenovo A820
UMi X2
Run F1
THL W8


Kredit :
- https://www.mstar.com.my/




 

Keputusan TM Piala Malaysia : 1 Oktober 2021

Satu perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung pada hari ini (01/10/2021), jam 9.00 malam, melibatkan pasukan bola sepak Kelantan United bertemu Negeri Sembilan FC di dalam kumpulan C.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Kumpulan C


Kelantan United 0 - 1 Negeri Sembilan FC

81' [ Negeri Sembilan FC ]





Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan