PDRM menguji kenderaan BMW dan Volkswagen untuk penugasan

 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan membuat uji pandu kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang dilengkapi aksesori kenderaan polis bagi mendapatkan maklum balas berhubung kesesuaiannya digunakan dalam penugasan PDRM.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali.

Katanya, uji pandu berkenaan ditawarkan oleh syarikat berkaitan sebelum sebarang keputusan penggunaannya oleh PDRM.

Kenderaan berkenaan akan digunakan jabatan tersebut.

Selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Cawangan Pengawal Pengiring dalam uji pandu selama dua minggu atau peringkat pembuktian konsep tanpa sebarang perjanjian atau urusan pembelian.

Beliau berkata, tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan adalah atas prinsip hanya untuk uji pandu.


#onenews

Reposted from @onenewsonline

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan