Jenama dan model telefon yang tidak lagi boleh menggunakan aplikasi Whatsapp pada 1 November 2021


Aplikasi kiriman mesej popular di telefon pintar iaitu WhatsApp telah mengumumkan bahawa ia akan berhenti berfungsi pada lebih dari 52 telefon pintar mulai 1 November 2021 ini.

Makanya, ramai pengguna yang masih menggunakan model telefon yang terlibat akan disekat daripada menggunakan aplikasi sosial tersebut melainkan mereka menaik taraf peranti mereka atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar.

Bagi telefon pintar yang menggunakan sistem operasi iOS pula, WhatsApp hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas.

Tetapi, bagi model-model tersenarai yang masih menerima sokongan naik taraf sistem operasi, termasuk iPhone 6s yang mempunyai sistem operasi asal iOS 9, pengguna hanya perlu menaik taraf sistem operasi telefon pintar mereka kepada yang terkini dan kemudian masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Pengguna iPhone 4S dan model-model terdahulu pula tidak akan mendapat akses kepada WhatsApp lagi selepas ini kerana ia tidak menyokong iOS 10.

Telefon pintar yang termasuk dalam senarai ini ialah :

iPhone SE
iPhone 6S
iPhone 6S Plus
Galaxy Trend Lite
Galaxy Trend II
Galaxy SII
Galaxy S3 mini
Galaxy Xcover 2
Galaxy Core
Galaxy Ace 2
Lucid 2
Optimus F7
Optimus F5
Optimus L3 II Dual
Optimus F5
Optimus L5
Best L5 II
Optimus L5 Dual
Best L3 II
Optimus L7
Optimus L7 II Dual
Best L7 II
Optimus F6, Enact
Optimus L4 II Dual
Optimus F3
Best L4 II
Best L2 II
Optimus Nitro HD
Optimus 4X HD
Optimus F3Q
ZTE V956
Grand X Quad V987
Grand Memo
Xperia Miro
Xperia Neo L
Xperia Arc S
Alcatel
Ascend G740
Ascend Mate
Ascend D Quad XL
Ascend D1 Quad XL
Ascend P1 S
Ascend D2
Archos 53 Platinum
HTC Desire 500
Caterpillar Cat B15
Wiko Cink Five
Wiko Darknight
Lenovo A820
UMi X2
Run F1
THL W8


Kredit :
- https://www.mstar.com.my/




 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan