Kebenaran penyokong masuk ke stadium

 


5,000 HINGGA 20,000 KUOTA KEMASUKAN PENYOKONG KE STADIUM

Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato' Ab Ghani Hassan seperti mana kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa pihaknya menyambut baik keputusan pihak kerajaan untuk membenarkan penyokong hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan TM Piala Malaysia 2021 dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), jumlah penyokong yang dibenarkan memasuki stadium adalah mengikut fasa.

Bagi negeri yang berada dalam Fasa 2 dibenarkan 20 peratus atau 5,000 penonton (yang mana lebih rendah) diikuti Fasa 3; 30 peratus atau 10,000 penonton (yang mana lebih rendah) dan Fasa 4; 50 peratus atau 20,000 penonton (yang mana lebih rendah) daripada kapasiti venue yang digunakan untuk hari pertandingan.


Baca lanjut ➡ http://www.malaysianfootballleague.com/articles/5000-hingga-20000-kuota-kemasukan-penyokong-ke-stadium/


#TMPialaMalaysia2021 #MFL


Kredit : Malaysia Football League ( Facebook )

Previous Post
Next Post
Related Posts

Babab.net

Popular Posts