Mohamad meninggal dunia



Pengarah filem terkenal, Mohamad bin Mohamad Khalid, yang dikenali secara profesional sebagai Mamat Khalid telah meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi (23 Oktober 2021).

Dimaklumkan dari sumber, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River kira-kira pukul 11.25 malam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, berkata Allahyarham pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan dikerjarkan ke Hospital Slim River menaiki ambulans. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulans. 

Mamat dikenali dengan filem-filem arahannya antaranya Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi.
Selain itu Allahyarham juga diingati dengan drama-drama komedi arahannya antaranya Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.

Allahyarham juga merupakan penulis skrip bagi filem epik legenda Puteri Gunung Ledang, yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.


Untuk rekod, Mamat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Mamat Khalid adalah penulis skrip, pengarah filem, dan pelakon sesekali dari Malaysia. Beliau merupakan adik kepada kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid, lebih dikenali sebagai Lat.

Kemaskini :
- Solat jenazah diadakan di Masjid Sungai Rokam pada pukul 11.00 pagi dan dikebumikan di Masjid Kampung Paloh, Ipoh Perak.


Kredit :

- Astro Awani
- Kosmo

Previous Post
Next Post
Related Posts

Babab.net

Popular Posts