Serbegeth Singh dalam kenangan


Salam takziah.

Warga dunia bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita kematian mantan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan pengkritik sukan iaitu Serbegeth Singh, petang 12 Januari 2022 pada usia 61 tahun akibat dari serangan sakit jantung.

Mendiang dikenali sebagai seorang pemain pertahanan kental sepanjang kerjaya bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan sebelum mencipta nama sebagai personaliti televisyen bermula 1997.

Selaku tonggak Kuala Lumpur, Shebby muncul juara liga 1986, 1987, 1988 dan 1989, juara Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989, juara Piala FA pada 1993 dan 1994 serta membantu skuad negara mengutip pingat emas Sukan SEA pada 1989 dan gangsa pada Sukan SEA 1985.

Mula menyarung jersi negara dalam kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1982, Shebby mengumpul 61 caps sehingga persaraannya selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1991.

Selain menjadi penasihat global Blackburn Rovers pada 2012-2013, Serbegeth pernah menjadi penasihat rancangan realiti, MyTeam serta Melaka Telekom FC.

Dilahirkan pada 20 Ogos 1960, Shebby berasal dari Kluang, Johor. Bakatnya dikesan oleh Allahyarham Abdul Shatar Khan yang terkenal dengan reputasi sebagai jurulatih remaja. Seterusnya mendiang S. Subramaniam memujuk Shebby untuk meninggalkan Johor dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1983, satu tindakan yang mengundang kontroversi apabila Shebby digantung setahun oleh Johor atas alasan berpindah tanpa kebenaran.

Mendiang Shebby meninggalkan isteri Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anak, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh.


Kredit : Football Association of Malaysia & Astro Awani








Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan