Saya dos pertama dan kedua ialah vaksin Pfizer. Masa ni ada sikit tanda kesan sampingan yang normal tapi tak ketara sangat rasa, cuma pada 18 Januari 2022 ( petang pukul 3 lebih ) saya ambil booster AZ ( ikut temujanji yang dikeluarkan pada My Sejahtera ), masa mula-mula suntik, masa vaksin tu mula masuk dalam lengan, tak terasa apa kecuali rasa jarum halus masuk je ( masa vaksin Pfizer, terasa cecair vaksin tu macam terus bergerak masuk dalam saluran darah ).
Beberapa jam selepas suntikan booster AZ, bahagian suntikan rasa tak selesa, macam rasa bengkak dan sedikit sakit. Lepas tu suhu badan rasa naik macam nak demam. Perut rasa tak selesa.
Saya lepas solat, saya sapu 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗕𝗶𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 pada perut, sendi-sendi dan leher sambil menghidu bau minyak tu dan tidur. Alhamdulillah asbab penggunaannya, saya rasa suhu badan menurun dan rasa sengal dan ketidakselesaan berkurangan.
Dapatkan Minyak Bidara Pandan di gerai URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam di Vintage Night Market Melaka, UTC Melaka, Jalan Hang Tuah atau di PJS 4/10, Taman Indah Jaya, Petaling Jaya, Selangor. |
Saya rasa cukup sampai ke suntikan ke 3 sahaja ( booster ). Setidak-tidaknya saya dah berusaha untuk melindungi diri sambil cuba patuh SOP ketika di tempat awam dan ketika balik ke rumah. Selebihnya bertawaqal kepada Allah SWT.
Nasihat saya :
- Jika sebelum ambil vaksin pertama dan kedua, badan memang dah ada sakit yang berat atau petanda ringan sakit kronik, tangguhkan dahulu pengambilan dos penggalak vaksin.
- "Tangguhkan" dahulu pengambilan dos penggalak vaksin jika anda bekerja dengan orang lain. Jika bekerja sendiri tiada masalah kerana 10 ke 15 minit pertama tiada sebarang masalah berlaku.
Anda akan mula rasa sedikit sakit dan suhu badan meningkat macam nak demam selepas 20 minit ke atas selepas pengambilan dos penggalak berkenaan.
- Jika anda mula hadapi kesan yang saya nyatakan di atas, makanlah ubat tidur, panadol dan sapu minyak yang untuk meredakan sakit-sakit sendi.
Setelah itu, tidurlah dengan keselesaan yang maksimum sambil buka audio bacaan doa yang berkaitan atau zikir tertentu
Pautan yang perlu diketik untuk membuat laporan berkenaan dengan kesan sampingan yang dialami selepas selesai disuntik dos penggalak vaksin Covid19 |
#vaksinasibooster #BoosterAZ