Festival Permainan Malaysia : 15 September 2023


Festival Permainan Malaysia di Kuala Lumpur bakal diadakan pada tarikh 15 hingga 17 September 2023 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tradisional yang semakin terpinggir untuk terus dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan  seterusnya menjadi produk untuk ditonjolkan kepada para pelancong asing. 

Ia secara langsung akan menjaga nilai seni warisan negara untuk generasi muda dengan menampilkan pelbagai jenis permainan tradisional dan moden pelbagai kaum di Malaysia.

Pengisian program :

• Pertandingan Permainan Tradisional
• Pertandingan Permainan Moden
• Liga Permainan Tradisional (Gasing, Kabaddi, Galah Panjang, Yo Yo Cina)
• Liga Permainan Moden (Tarik Tali, Gusti Lengan)
• Persembahan Pentas
• Pertandingan Pencungkilan Bakat
• Bengkel dan Demonstrasi Permainan Tradisional
• Pameran, Demonstrasi dan Jualan Produk Kraf / Seni
• Jualan Makanan (Food Truck)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan