Hukum melukis Kolam / Rangoli pada umat Islam



Perayaan Deepavali merupakan suatu perayaan yang dianjurkan oleh agama Hindu. Ini bererti ia bukan perayaan yang berasaskan kepada budaya masyarakat sesuatu bangsa, sebaliknya ia perayaan yang berasaskan anutan agama tanpa mengira apa jua bangsa yang menganutnya. Perayaan dalam sesebuah agama pula merujuk kepada ritual atau amalan tertentu yang dilakukan demi meninggikan syiar atau perlambangan sesebuah agama.


Mengenai Kolam atau Rangoli ia didapati telah wujud dalam tradisi agama Hindu sejak sekian lama. Bukti pertama ia terdapat dalam kesusasteraan Hindu adalah antara 50-400 Masihi di dalam kitab Kama Sutra oleh Vatsyayana yang disebut sebagai tndulkusumvlidikara. (Lihat History of the Rangavalli (Rangoli) Art – Between C. A. D. 50 and 1900, m. 241).


Merujuk kepada Kolam, ia pada asalnya merupakan sebahagian daripada upacara keagamaan yang terdapat dalam perayaan Deepavali. Deepavali atau Divali dalam agama Hindu dikenali sebagai perayaan lampu dan dikaitkan dengan warna yang terang dan bercahaya. Bunga api yang berwarna-warni akan dipasang di seluruh kampung, bandar dan kota raya. Dalam perayaan tersebut, cahaya lilin akan menyinari sekitar rumah, pelbagai manisan akan disediakan dengan jumlah yang banyak, bertukar hadiah dilakukan dan amalan membuat Rangolis yang berkaitan langsung dengan perayaan ini.


Hukum jika umat Islam melibatkan diri dalam menghasilkan Kolam atau Rangoli


HARAM 

• melukis Kolam atau Rangoli dengan corak yang merujuk kepada dewa-dewi, mantra-mantra dan juga bermatlamatkan pemujaan dalam agama Hindu;


MAKRUH 

• terlibat dalam pertandingan atau aktiviti melukis Kolam atau Rangoli pada atau sempena musim perayaan keagamaan seperti Deepavali kerana dikhuatiri mempunyai unsur mengangkat syiar agama lain secara tidak langsung dan menyerupai sebahagian perbuatan ritual agama;


DIBOLEHKAN (HARUS) 

• melukis dengan penggunaan teknik pembuatan Kolam atau Rangoli yang dibuat pada selain hari-hari kebesaran agama Hindu dan dengan motif yang tiada kaitan dengan pemujaan dan keagamaan, seperti tumbuh-tumbuhan, bunga atau lakaran kartun. Ini seumpama Kolam yang dilukis dengan motif patriotik pada hari sambutan kemerdekaan negara dan seumpamanya.


Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman Islam yang benar demi menjamin penerimaan segala amal ibadah kita di sisi-Nya. Wallahu a’lam.


Kredit :

• Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ( artikel asal >  https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2735-al-afkar-22-melukis-kolam-rangoli-bagi-umat-islam )


• The Capital Post ( gambar > https://www.capitalpost.com.my/kolam-digital-kaedah-pembelajaran-menyeronokkan-mengenai-deepavali )


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan