Antara gejala-gejala jangkitan covid-19, hilang deria bau dan rasa merupakan antara ciri ciri unik bagi Covid.
Menurut individu yang telah melalui pengalaman dijangkiti, mereka tidak dapat menghidu sebarang bau sama ada bau wangi (sabun, perfume) , bau busuk (najis, sampah) atau bau makanan yang biasa dinikmati.
Gejala hilang deria bau ini bukan akibat hidung tersumbat atau selsema, tetapi akibat sel yang berfungsi untuk mengesan bau (olfaktori) telah terjejas akibat jangkitan covid.
Situasi hilang deria bau mungkin mencetus panik dikalangan pesakit kerana ini sesuatu perkara baru yang tidak pernah dialami sebelum ini. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk mencegah deria bau dari hilang dan rawatan untuk mengembalikan deria bau.
Kebanyakan kes akan perlahan lahan sembuh dalam tempoh 1-3 minggu selepas jangkitan. Data semasa juga menunjukkan individu yang mengalami gejala ini biasanya golongan muda berusia 20-39 tahun dan mempunyai gejala yang lebih ringan.
.
Walaupun ia hanya hilang deria bau, ia suatu perkara yang mengganggu emosi pesakit kerana menjejaskan selera makan dan hilang nikmat untuk menghidu.
Kredit : Public Health Malaysia ( Facebook )