Sambal Bilis Garing
Bahan :
* 40–50g ikan bilis
* 10–15 tangkai cili kering
* 3–4 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 sudu kecil nise/gula Melaka — boleh tambah ikut selera
* ½ sudu kecil garam
* 1 keping kecil asam keping
* Minyak untuk menggoreng
👨🍳 Cara buat
1. Goreng ikan bilis
* Basuh ikan bilis dengan cepat dan toskan hingga betul-betul kering.
* Goreng dengan minyak sederhana panas sehingga rangup dan keemasan.
* Angkat dan ketepikan.
2. Sediakan bahan sambal
* Rendam cili kering dalam air panas sehingga lembut.
* Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih.
* Jangan terlalu banyak air ketika mengisar.
3. Tumis
* Gunakan sedikit minyak daripada gorengan ikan bilis.
* Tumis bahan kisar dengan api sederhana.
* Masukkan asam keping, garam dan nise.
• Tumiskan sehingga sambal benar-benar kering dan pecah minyak.
👉 Ini rahsia sambal bilis tahan lama dan tidak cepat lembik.
4. Masukkan ikan bilis
* Kecilkan api.
* Masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
* Gaul sebentar sahaja supaya sambal melekat pada ikan bilis tetapi ikan bilis kekal garing.
* Tutup api.
⭐ Petua supaya betul-betul garing
Jangan masukkan ikan bilis ketika sambal masih berair. Pastikan sambal sudah pekat dan hampir kering dahulu.
Selepas masak, sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Sebagai pilihan untuk menikmati Sambal Bilis dengan segara tanpa perlu memasak sendiri, anda boleh klik pautan di bawah untuk membeli Sambal Bilis "ready pack" dan "ready to eat" :
Sambal Garing Kruk Kruk Ateen (240g) by Ateen Kitchen for RM12.64 - RM17.90. Get it on Shopee now! 👇🏻








