Zamani dianggap antara penyeri rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ke 5 ini. Pelbagai kisah dan drama berlaku di pentas GV5 sehingga membuatkan masyarakat membicarakan mengenainya secara online dan offline dengan hangat.
Pada malam Separuh Akhir Gegar Vaganza 5 yang berlangsung pada 12 November 2018, Zamani mendapat dua lagu iaitu "Dekat Padamu"-nyanyian asal oleh Yusri KRU dan "Di Matamu" yang dinyanyikan oleh Sufian Suhaimi.
Namun sesuatu yang menggusarkan hati peminat Zamani Slam berlaku pada lagu pertama, di mana Zamani kelihatan gagal menyanyi mengikut "key" yang sesuai dan seakan lupa lirik. Namun pada lagu kedua beliau kelihatan cemerlang dengan menyanyikan lagu "Di Matamu" dengan gayanya tersendiri dan dipuji oleh Dato Ramli MS (Tok Ram).
Zamani memperoleh tempat ke 5 dari lapan peserta yang bertanding dan sekaligus layak ke peringkat akhir GV5. Kejayaan yang tidak disangka itu membuatkan Zamani beriaksi spontan dengan bersujud syukur di tengah pentas.
Bagi menjernihkan suasana, Zamani telah menceritakan perkara sebenar yang berlaku dalam satu temubual tidak rasmi semasa kudapan malam selepas pertandingan berkenaan berakhir.
Sila tonton video temubual berkenaan di bawah ini :
Kredit video : Asal Artis