Mufti Negeri Perak meninggal dunia

 


Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia pada awal petang hari ini (30 Mei 2021). Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif COVID-19.

Ucapan takziah atas kematian Allahyarham turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).


Kredit : Berita Harian • Jabatan Mufti Negeri Perak

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan