Mahkamah lulus permohonan pertukaran jantina askar

 


Mahkamah Indonesia pada Jumaat membenarkan permohonan seorang askar wanita untuk menukar jantina dalam pendaftaran rasmi susulan keadaan kongenital (keadaan atau penyakit semasa kelahiran) yang jarang berlaku.

Mahkamah daerah Tondano di wilayah Sulawesi Utara juga memutuskan permohonan yang dibuat Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada Aprilio Perkasa Manganang. Keputusan itu diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube.

"Mahkamah telah memutuskan bahawa pemohon Aprilia Santini Manganang telah menukar jantina daripada wanita kepada lelaki," kata Nova dalam perbicaraan secara maya.

Perbicaraan turut dihadiri Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Andika Perkasa dari ibu pejabat tentera di Jakarta.

Aprilio yang juga bekas pemain pasukan bola tampar wanita Indonesia, telah menjalani pembedahan hypospadias untuk membetulkan kecacatan di bahagian luaran kemaluan lelaki.

Hakim memutuskan bahawa Aprilio kini memegang hak dan tanggungjawab sebagai lelaki.

Sementara itu, Aprilio, yang telah menjalani hidup sebagai seorang wanita selama 28 tahun menzahirkan ucapan terima kasih di atas keputusan mahkamah.

"Saya harap ini akan menjadi permulaan yang baik untuk masa depan dan permulaan yang baharu," katanya.


Kredit :

- Astro Awani

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan