Tukang urut dah beli Redmi Note 10 Pro pada 13 Mac 2021


Dikhabarkan model ini berada secara rasmi di pasaran pada tarikh 15 Mac 2021, namun saya berjaya mendapatkan model Redmi Note 10 Pro pada 13 Mac 2021.

Ianya dijual pada harga RM1099.00 untuk variasi 8gb RAM dan 128gb ROM. Pilihan warna yang ada hanyalah "Onyx Grey". Untuk rekod, Note 10 Pro ini turut mempunyai warna "Gradient Bronze" dan "Glacier Blue".

Telefon pintar ini mempunyai fungsi memeriksa kelajuan semasa rangkaian internet yang sedang digunakan dan terdapat fungsi untuk menyokong permainan mudahalih.

Redmi Note 10 Pro dilengkapi sistem keselamatan iaitu "screen lock". "fingerprint unlock", "face unlock" dan "unlock with bluetooth device". Lebih istimewa lagi, model ini dilengkapi dengan fungsi pengimbas kod QR dan dokumen.

Kualiti kameranya adalah yang terbaik untuk harga yang dibayar iaitu 108mp (kamera utama) dan mempunyai fungsi rakaman gambar night mode, penstabilan imej, panorama, acuan video untuk intro rakaman vlog, slow motion, time lapse,  dual video yang merakam serentak menggunakan kamera video depan dan belakang,  long exposure serta clone.

Kalkulator di dalam Redmi Note 10 Pro mempunyai fungsi yang menarik dan berlainan dari fungsi yang kalkulator biasa. Selain dari kiraan biasa matematik pada nombor,  ia mengandungi fungsi pengiraan perbezaan data internet,  BMI,  umur,  diskaun,  peratusan,  tarikh,  panjang,  keluasan kawasan,  kekuatan bunyi,  suhu,  kelajuan,  kiraan nilai masa,  jisim, pengiraan aktiviti kewangan dan sistem angka.

Model ini ada fungsi pembersihan fail-fail nyata serta tersembunyi yang tidak diperlukan dan fungsi imbasan keselamatan yang boleh dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut adalah spesifikasi bagi Redmi Note 10 Pro ( ringkasan spesifikasi juga terdapat pada video di atas ) :

REDMI NOTE 10 PRO ( ONYX GRAY )

Spesifikasi :

👉🏻 Processor Qualcomm® Snapdragon™ 732G
👉🏻 Storage and RAM  8GB+128GB 
👉🏻 Display 6.67" AMOLED
👉🏻 DotDisplay HDR 10 Refresh rate: 120Hz
👉🏻 Rear Camera 108MP+8MP+5MP+2MP (quad camera)
👉🏻 Front Camera 16MP front camera
👉🏻 Battery & Charging 5020mAh (typ) high-capacity
👉🏻 Battery 33W fast charging Splash
👉🏻 Operating System MIUI 12 based on Android 11

Terima kasih kepada Joanne dari Impress Master yang telah melayani pertanyaan dan pembelian dari saya.

#redmi #redminote10pro #impressmaster

(video ini dirakam menggunakan Vivo Y20) 😁


* pihak Redmi akan keluarkan kemaskini aplikasi untuk mengatasi masalah kameranya

Video ulasan mengenai telefon pintar Redmi Note 10 Pro :




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan