Senarai pendek pasukan Liga M3 tahun 2021

 


14 PASUKAN DISENARAI PENDEK KE LIGA M3 2021


Susulan daripada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amateur Football League (AFL) yang pertama pada 26 Mac lalu, AFL, hari ini, mengumumkan nama pasukan-pasukan yang telah disenarai pendek bagi menyertai kempen Liga M3 2021, Jun ini.

 

14 pasukan adalah seperti berikut:


1. Armed Forces FC

2. BRM FC

3. Cyberlynx FC

4. FC Langkawi

5. Harini KS FC

6. Kijang Rangers FC

7. Kinabalu Jaguars FC

8. KSR Sains FC

9. Kuala Kangsar FC

10. Langkawi City FC

11. Manjung City FC

12. MNY FC

13. PIB FC

14. Real Chukai FC


Menurut Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi, sebanyak 23 pasukan telah menghantar permohonan untuk menyertai Liga M3 2021. 

“Selain daripada 14 Pasukan di atas, maksimum 6 pasukan yang masih lagi disaring akan dipilih oleh pihak AFL bagi melengkapkan senarai pasukan akhir yang bertanding. 

“Antara faktor yang menyebabkan pasukan gagal di dalam proses saringan dokumen adalah tiada sokongan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (PBN), status kewangan yang tidak kukuh atau gagal untuk menghantar dokumen lengkap yang berkaitan.

“Seperti yang diumumkan 23 Disember 2020, AFL kini sedang dalam proses penstrukturan semula sebagai persediaan pasukan ke arah liga semi profesional di mana konsep atau format pertandingan yang baharu akan dikongsi kelak selepas pengumuman senarai akhir pasukan yang bertanding.

“Antara kriteria penting yang menjadi pengukur proses saringan dokumen untuk bertanding di dalam Liga M3 2021 adalah kesukanan, pengurusan dan pentadbiran, kewangan dan perundangan. 

“Bagi musim ini juga, AFL telah membuka slot tambahan kepada pasukan baharu menerusi kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Negeri (PBN) sekali gus memberi peluang yang sama rata kepada pasukan yang mempunyai hasrat untuk bertanding. 

“Proses saringan dokumen ini telah dijalankan dengan adil ke atas semua pasukan di mana AFL telah memastikan komunikasi yang telus bersama mereka (pasukan),” jelasnya lagi. 

Selain itu, Datuk Wira Mohd Yusoff turut berkongsi bahawa pasukan daripada Liga M4 juga diberi peluang untuk menyertai Liga M3 menerusi slot tambahan yang ditawarkan oleh AFL namun setakat ini hanya Real Chukai sahaja yang berjaya mengemukakan dokumen secukupnya.  

Bagi memastikan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga M3 2021 bersedia untuk melangkah ke liga profesional, AFL juga akan bekerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) untuk melaksanakan dasar pelesenan dan penswastaan kelab di peringkat liga amatur bagi menjamin kualiti pasukan-pasukan Liga M3 dari segala aspek untuk tahun-tahun seterusnya,” katanya. 


#AFL #LigaM32021


Kredit : Amateur Football League

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan