Dengan tindakan SPRM mahu menyiasat anak dan diri bekas Perdana Menteri dua kali, mantan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia adalah zalim.
Di bawah merupakan persoalan yang dilontarkan oleh pengguna X ( Twitter ) pada mantan Perdana Menteri itu :
Pernah rumah anaknya diserbu UTK? Pernah anaknya dimasukkan ke lokap? Pernah anaknya dibelasah sehingga pengsan dan tidak dibenarkan mendapat pelawat berhari-hari?
Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menzalimi sesiapa malah dia sudah maafkan segala kezaliman kamu. Tapi bila terkait soal harta negara yang hilang, tiada kompromi!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Coretan Dato' Seri Anwar Ibrahim
BLACK 14
Tarikh 14 April 1999 iaitu 23 tahun yang lalu saya dihumban ke penjara jauh dari keluarga dan sahabat seperjuangan. Titik gelap ini mengajar saya betapa kebebasan dan keadilan akan sentiasa melatari perjuangan dan juga peringatan agar nasib rakyat itu mesti menjadi pegangan yang teguh dalam memungkinkan sebuah Malaysia yang hormat akan prinsip-prinsip kebebasan, keadilan dan karamah insaniah.
Kredit :
• Anwar Ibrahim ( X / Twitter )
• Coretan Amer Hamzah ( @amer7211 - X )
• Bloomberg