Resipi Kuih Denderam


Berikut adalah bahan-bahan serta cara pembuatan kuih denderam atau ada sesetengah tempat menamakannya sebagai "telinga keling" dan "peniram".

Bahan-bahan :


- 1 peket tepung beras (500grm)
- 400gram gula merah
- 230ml air

Cara membuat :

- Masak gula merah dengan air sampai mendidih sehingga gula hancur.

- Tuang (tapis) air gula yg masih panas itu ke dalam tepung.


- Gaul sebati, tutup bekas dan perap selama 6 jam ke atas.

- Uli semula tepung untuk pastikan tepung tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras (Kalau lembik tambah tepung sedikit sambil uli. Jika keras tambah air panas sedikit sambil uli)


- Sebelum nak mencanai, lapik  plastik di tempat untuk mencanai, sapu minyak pada pemukaan plastik berkenaan dan peralatan yang lain supaya adunan tidak melekat serta memudahkan kerja.

- Kemudian anda boleh mula canai dan menekap acuan pada adunan.

- Goreng dalam minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Selepas itu, kecilkan sedikit api dan mulakan menggoreng.

- Masa yang diperlukan untuk menggoreng itu tidak lama. Apabila kuih sudah naik ke pemukaan minyak terus terbalikkan 2 atau 3 saat dan terus angkat.

- Anda perlu toskan minyak yang ada pada kuih yang telah siap dimasak itu.



Related Posts:

  • Resipi Donat Gebu Bahan bahannya  ●  500gm tepung gandum ●  210ml air suam●  2 sudu marjerin●  1 sudu teh garam●  3 susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)●  3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 su… Read More
  • Resipi Nasi Kerabu Resipi mudah Nasi KerabuSambal KelapaBahan-bahannya:Sebiji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)4-5 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar… Read More
  • Resipi Nasi Beriani Bahan A: 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan) 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air) 4 biji buah tomato (dipotong dadu) 3 biji cili merah (dibelah dua) 3 biji cili hijau (dibelah dua) 100 gm daun pudina (di… Read More
  • Resipi Kari Cuttlefish Bahan-bahannya : ● 1 kg (cuttlefish) sotong - dibersihkan dan dipotong (ikut suka) ● 5 ulas bawang merah - tumbuk ● 1 ulas bawang putih - tumbuk ● 1 inci halia - tumbuk ● 3 biji ubi kentang -belah 4 ● 2 tangkai dau… Read More
  • Resipi Karipap Pusing Karipap Pusing Berinti Kentang Ayam Bahan-bahan untuk inti : 500gm kentang- di dadu kecil 300gm isi ayam yg dipotong kecil 4 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar cili kisar 2 biji Bawang Besar * 3 ulas Bawang Putih… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan