Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Resipi Oden Malaysia



Masyarakat Jepun biasanya akan menikmati "Oden" ketika musim sejuk. Ia merupakan makanan tradisi yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan. 

Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Namun ia mungkin juga diubahsuai mengikut negara.


BAHAN

- Air secukupnya
- 2 perencah Asam pedas Adabi
- 2 perencah Tom Yam Adabi
- Garam dan perasa
- Sepeket steamboat mix
- 1 paket Sosej
- Maggi/mee hoon/mee/kueh teaw (pilihan masing2) * ikut pilihan selera masing-masing

CARA MASAK

- Masukkan air (ikut kadar yang sesuai agar tidak cair sangat dan tidak pekat sangat)

- Masukkan 2 paket pes asam pedas adabi & 2 paket pes tomyam Adabi

- Masukkan sedikit gula melaka dan garam

- Letakkan sedikit perasa

- Bila dah gelegak masukkan 1 paket mix steamboat dan 1 paket sosej

- Akhir sekali masukkan maggi/mee hoon/mee/kueh teaw (nak celur asing boleh kalau tak nak bagi kembang)

Siap untuk dimakan๐Ÿก๐Ÿข๐Ÿข๐Ÿก

kredit kepada : noor nadhirah mohd noor

Resipi Kek Lapis Keju


Bahan-bahan :

1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)

1 Cawan susu segar

250gm Cream cheese

100gm Whipping cream non-dairy

3 Sudu besar gula castor

1 Sudu besar gelatin halal

50 ml air panas

Hiasan :

Chocolate rice

Cara-cara pembuatan :

1. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.

2. Cairkan gelatin dengan air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.

3. Sediakan bekas / loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.

4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jangan sampai lembik.

5. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.

6. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.

7. Bekukan dalam 1 ke 2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.


Sumber dari Google

Usahawan kreatif jual burger berwarna-warni



KEBIASAANNYA, roti burger berwarna putih dan dihidangkan bersama daging burger, sos, mayonis, salad, tomato serta lain-lain sehingga membangkitkan aroma menyelerakan dan menarik sesiapa sahaja untuk menikmatinya.

Namun kebelakangan ini, penyediaan burger dengan pelbagai pilihan warna pada roti dan sosnya memikat hati penggemar burger sehingga mencetus fenomena.

Rasanya bukan sahaja enak berbanding burger biasa, namun cara ia dipersembahkan juga menjadi antara faktor tarikan.

Kakitangan swasta, Hartini Abdullah berkata, pada awalnya, dia agak bimbang untuk mencuba burger yang berwarna kerana faktor warna dan kelainan rasanya berbanding burger biasa dimakannya.

"Kali pertama saya mencubanya, tiga tahun lalu selepas melihat pengenalan burger itu yang tersebar meluas di laman sosial Facebook.

"Ketika itu, saya memesan burger yang mempunyai roti berwarna hitam, yang dikatakan mempunyai perisa arang. Selepas mencubanya, Alhamdulillah ternyata rasanya sedap," katanya.

Warna menyelerakan

Bagi kakitangan awam, Noradibah Ahmad, ketika pengenalan burger berwarna di Malaysia oleh restoran-restoran berjenama, dia tidak berani hendak mencuba kerana harganya yang mahal.


"Namun, selepas melihat ada kedai Melayu iaitu Burger Warisan menjual burger ini dengan harga berpatutan, barulah saya berani membeli kerana harganya di bawah RM10.


"Burger pertama saya cuba adalah warna merah dan hitam. Saya suka burger ini kerana warnanya menarik dan daging burgernya sedap serta 'juicy' kerana ia dibakar," katanya.


Bermula dari situ, setiap minggu, Noradibah pasti singgah ke kedai itu untuk makan burger warna-warni kegemarannya selepas tamat bekerja.


"Selain makan sendiri, saya juga pernah memesan burger warna-warni dua tingkat sempena hari jadi suami," katanya.


Hidangan istimewa
 
Juruteknik, Muhd Rais Abdul Rahman menyifatkan burger warna-warni sesuai dijadikan hidangan istimewa sempena sambutan hari jadi, perkahwinan atau majlis-majlis tertentu.

"Ini kerana, tarikan pelbagai warna pada burger itu membuatkannya begitu cantik, ceria dan unik.

"Jika sebelum ini, orang selalu beli kek atau menyediakan pulut kuning untuk hidangan pada hari istimewa, namun, burger warna-warni kini boleh menjadi alternatif," katanya.

 
Jualan meningkat 
 

Sementara itu, pemilik Burger Warisan, Amiruddin Abdullah berkata, jualan burger warna-warni di kedainya di Sijangkang, Kuala Langat begitu memberangsangkan selepas dia memperkenalkannya pada 2012.

"Setiap hari, kira-kira 150 biji burger warna-warni terjual dan sebulan pula lebih kurang 4,000 biji. Jumlah itu akan semakin meningkat apabila musim cuti sekolah kerana tempahan pelanggan tinggi.

"Selain jual di kedai, saya juga turut menerima tempahan pelanggan untuk majlis-majlis tertentu seperti hari jadi, perkahwinan dan sebagainya, mengikut tempahan pelanggan," katanya.

Amiruddin menjual burger warna-warni bagi menarik pelanggan membeli di kedai burgernya apabila perniagaannya merosot selepas setahun membuka kedai sendiri.

"Saya mula jual burger biasa seperti ayam dan daging dengan membuka gerai di Sijangkang pada 2009.  Disebabkan sambutan baik, saya mula membuka kedai sendiri di tapak yang sama.

"Kemudian saya jual burger bakar, selain burger biasa. Namun, perniagaan saya agak merudum tidak lama kemudian menyebabkan saya terpaksa cari alternatif lain," katanya.

Melihat trend burger warna-warni yang kebanyakannya dijual di restoran francais ketika itu, akhirnya Amiruddin mula menjual burger warna-warni dengan menempah roti berwarna daripada pengusaha bakeri tempatan.

"Saya minta mereka buat roti burger warna hitam (arang), merah (tomato), kuning (kuning telur) dan hijau (pandan). Saya memilih warna-warna makanan agar pelanggan tidak takut mencubanya.

"Untuk bahan burger seperti mayonis, saya ambil daripada pembekal tempatan, namun kami mengolahnya semula ikut resipi sendiri dan menjadikan ia berwarna-warni seperti warna roti burger.

"Sementara itu, daging burger mempunyai berat 100 hingga 150 gram terdiri daripada ayam, daging, arnab, rusa dan kambing yang semuanya dibakar," katanya.

Menurutnya, pada peringkat awal menjual burger warna-warni, Amiruddin terpaksa menerangkan mengenai penyediaan dan bahan digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut kepada pelanggan.

"Selepas dua hingga tiga bulan, pelanggan sudah tidak bertanya lagi dan mereka mula menerima burger warna-warni ini sehinggalah saya membuka cawangan kedua Burger Warisan di kawasan berhampiran cawangan pertama," katanya.
 
 
Sumber :
(Sinar Harian Online)

Resipi Jemput-jemput Kukus Bergoreng


Bahan-bahan :
  • 4 biji tauhu
  • 2 bungkus tauhu telur
  • 1 ketul dada ayam / udang
  • 4 biji telur ayam :  2 untuk dikisar dan 2 ketika proses menggoreng
  • Daun sup potong halus
  • Sedikit cili merah potong halus
  • Bawang goreng, Garam, minyak bijan dan lada sulah

Cara Penyediaan :

-Semua bahan dikisar kecuali daun sup, cili dan minyak bijan.

-Selepas dikisar, campur dan gaulkan daun sup,bawang goreng dan cili serta kukus selama 30 minit.

-Kemudian sejukkan dulu bahan yang telah dikukus tadi sebelum ianya boleh dipotong (potong ikut suka).

-Hasil potongan tadi dicelup ke dalam telur dan goreng sampai garing menggunakan minyak bijan.

-Toskan hasil gorengan dan sedia untuk dijamah.

-Jika nak dicicah dengan sambal mahupun sos dan mayonis pun boleh. Mengikut selera anda.


Resepi Florentine Cookies


Bahan-bahan

3 cawan tepung florenta
1/2 cawan biji bunga matahari hijau*
1/2 cawan biji bunga matahari putih*
1/2 cawan kuaci hitam*
>>>boleh juga gunakan apa sahaja kekacang yang sesuai

Cara Pembuatan :


1.Bakar sekejap semua bahan yang bertanda* selama 5 minit di dalam oven dengan suhu 150 darjah celsius. 

2.Kemudian semasa masih panas lagi satukan didalam satu bekas dengan tepung florenta pastikan semuanya bersalut.

2.Alas loyang 4 segi dengan kertas minyak.Masukkan semua bahan tadi dan tekan biar padat dan nipis di dalam loyang dengan menggunakan senduk nasi.


3.Bakar semula selama 10 minit dengan suhu 150 darjah celsius atau hingga karamel nampak keperang-perangan.
 

4.Potong cookies ini dengan pemotong pizza semasa masih panas dan simpan dalam bekas kedap udara.


Restoran dan Kiosk Ramly Burger


Dalam kehangatan isu boikot Restoran Makanan segera Mc Donalds, ada lagi agenda yang lebih penting dan dirasakan wajib bagi meneruskan legasi empayar perniagaan milik orang Islam terutamanya orang Melayu.  

Jika sebelum ni kita sudah ada Restoran Radix Fried Chicken, iaitu menyediakan makanan berasaskan "ayam goreng", kini jenama Ramly Burger sebenarnya sudah memiliki restoran yang boleh dijadikan lokasi lepak terbaik sambil makan dan minum dari sumber yang diyakini halal.. insya Allah.

Sudah tiba masanya lupakan jenama yang bukan milik orang Islam di Malaysia. Lupakan kopi yang mahal, lupakan burger dan ais krim yang mahal. Cari dan pilihlah yang milik orang Islam  dan Melayu. Kalau tak jumpa tidak mengapa kerana kita tak akan mati kalau tak makan ayam goreng, burger dan ais krim milik jenama luar negara itu. Makanan ruji kita ialah nasi...

Berikut adalah alamat bagi lokasi "halal mart" (restoran & kiosk) jenama Ramly :

Mukim Batu,Kuala Lumpur
Restoran Ramly Burger
No. 12, Jalan 29/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6185 3526

Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur
Restoran Ramly Burger
Lot 35, Pesiaran Mewah,
Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222

Bandar Botanik,Klang
Restoran Ramly Burger
No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
Bandar Botanik, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-3325 1463      

Bandar Baru Bangi,Selangor
No33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 603-8925 2653 Fax: 603-8925 0289

Selain cawangan di atas, terdapat empat kiosk yang boleh anda kunjungi iaitu :

Taman Maluri,Kuala Lumpur,
No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9281 3231 Fax: 603-9281 0146

Meru,Klang
No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
41050 Klang, Selangor.
Tel: 03-3341 7554

Setapak,Kuala Lumpur
56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4021 2896

Jalan Raja Abdullah,
No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 4229 

Klik gambar logo Ramly di bawah untuk melawat laman web Ramly Burger

http://www.ramly.com.my/Ramly Web


 


*Sama-sama kita doakan agar pemilik jenama ini masih tetap dipegang oleh orang Islam walaupun mungkin ia akan bertukar tangan serta dapat meluaskan empayar perniagaan ke seluruh Malaysia bagi menyediakan pilihan yang halal untuk rakyat Malaysia. 

*Ia juga sebagai fardu kifayah, iaitu menyediakan makanan, minuman dan perkhidmatan yang halal untuk orang Islam juga memudahkan urusan orang Islam dalam mencari makanan yang halal lagi diberkati.


Kepada mereka yang berminat untuk menjalankan bisnes burger dan memerlukan panduan lengkap untuk sukses dalam bisnes burger, boleh klik link di bawah ini :



Ketupat dan sejarahnya


Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat palas

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran.

Belajar Buat Aneka Roti Canai : Lembut Dan Enak

http://www.ashadee.net/go/50035/ahmadzaki?b=1962

Kini, anda juga mampu membuat roti canai sehebat kedai mamak. Malah menjana pendapatan lumayan dengan bisnes murtabak atau pendapatan sampingan melalui roti canai segera.

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". 

Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan gerai atau kedai makan dan mahukan variasi menu roti canai menjadi "killer product", klik pautan di bawah bagi mengetahui gerak kerja dan rahsia untuk menjalankan perniagaan yang hebat ini :



Resepi Kek Red Velvet (Bakar)



Bahan-Bahan:

Kek

160g Tepung Kek Bluekey (Kotak Pink)
1/2 tsp Soda Bikarbonat
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
2 Biji Telur
200g Gula Kaster
100g Minyak masak
125g susu cair + 1 tsp cuka/limau nipis (Buttermilk)
50g air suam + 1 tsp nescafe

Cara-Cara:

1. Bancuh Buttermilk dan perap selama 1/2 jam.
2. Masukkan gula dan telur, diputar sehingga kembang.
3. Masukkan soda bikarbonat, tepung kek, serbuk koko dan pewarna merah. Putarkan.
4. Masukkan campuran air suam + nescafe dan buttermilk dan putar.
5. Masukkan minyak masak sedikit demi sedikit dan putar.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit.

nota: Boleh masukkan ke dalam bekas aluminium kalau nak jual terus dalam bekas.

 

Topping
 

 125g cream cheese
250g whipping cream
125g mentega
1 sudu besar Sunquick Oren

Cara-Cara:


1. Putar cream cheese dan butter bersama sunquick. Keluarkan masukkan dalam satu bekas.
2. Putarkan whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan campuran cream cheese dan butter ke dalam whipping cream dan diputar sebentar.
4. Masukkan dalam piping bag.


Pipe topping diatas kek dan sedia untuk dijamu atau dijual.




Klik pautan di bawah untuk mempelajari pembuatan kek yang istimewa :

Sensasi Kek Coklat




Resepi pulut panggang


Pulut Panggang adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa. Masakan ini biasanya dipanggang di atas bara dari arang. Inti ikan diperbuat daripada bawang, dan lada kering dan kelapa. 

Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.

Bahan-bahan :

1) 500 gram beras pulut (dikosek & ditoskan)
2) 1 ½ cawan pati santan
3) 1 helai daun kunyit
4) 23 sudu makan minyak jagung
5) 90 gram udang kering (direndam,dibersihkan dan ditumbuk)
6) 2 tangkai lada merah
7) 10 ulas bawang merah
8) ½ sudu lada sulah
9) 4 biji buah keras
10) 1 ulas bawang putih
11) ½ biji kelapa parut (tumbuk separa halus)
12) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
13) 2 helai daun pandan
14) 1 sudu makan garam
15) 2.5 cm kunyit hidup
16) 1 sudu makan ketumbar (goring tanpa minyak)
17) 1 sudu belacan (dibakar)
18) ½ sudu makan gula pasir
19) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
20) Lidi untuk sematan

Cara-cara membuat :

1) Masuk dan gaul pulut,santan,daun kunyit,daun pandan dan ½ sudu garam di dalam loyang. Kukus hingga pulut masak. Pastikan pulut tidak terlalu kembang. Keluarkan daun-daun dan ketepikan pulut.


2) Panaskan minyak atas api yang sederhana dan gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit. Masukkan kelapa dan kacau sehingga kering jangan sampai hangus. Masukkan garam, kacau dan angkat. Sejukkan.


3) Bubuh sedikit pulut di atas daun pisang. Bentukkan supaya menjadi gulungan-gulungan leper sepanjang 13 cm.


4) Masukkan inti dengan sama rata,dan gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Titipkan bungkusan itu dengan lidi.


5) Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama ½ jam, dengan membalikbaliknya selalu. Tunggu sehingga naik aromanya dan kelihatan masak dan sedia untuk dijamah.


Resepi apam balik keropok (rangup)

 

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. 

Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
  1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
  2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.

Bahan-­bahan

Bahan untuk kulit
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1/2 cawan gula
3) 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 1/2 cawan air
7) 1/2 sudu teh serbuk penaik
 
Bahan untuk taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) 1/2 cawan coklat urai
5) 1/2 cawan gula pasir
 
Cara

1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api yang kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 atau 6 bahagian atau mengikut sesuka hati anda.

Resepi Biskut Tutku (Turkey)

 
Biskut Tutku  (Tutku biscuit)

Tutku adalah biskut tradisional negara Turkey berbentuk seperti roda yang menarik dengan inti coklat cair. Kanak-kanak pastinya sangat menyukainya. Dewasa sering mengidamkan biskut ini. Ia kelihatan hebat dan comel di atas pinggan untuk dijadikan sebagai makanan ringan pada waktu pagi atau minum petang.

Dalam artikel kali ini saya berkongsikan resepi dengan pembaca akan resepinya. Sukar juga saya mencari dan merujuk dari pelbagai sumber dan akhirnya saya bertanya kepada seseorang dari luar negara. Dia adalah seorang Muslim Jerman yang ada perkaitan dengan negara Turkey. Terima kasih kepada beliau atas resepi yang diberitahu olehnya pada saya. 

Asalnya di dalam bahasa Inggeris serta mungkin ada bahasanya yang tidak tepat tetapi saya cuba terjemahkannya dan membuat penambahbaikkan mengikut pemahaman saya ke dalam bahasa Melayu sebaik mungkin.  Mohon maaf andai ada bahagian penerangan yang anda kurang faham.

Bahan-bahan

1 biji telur
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)

Cara Membuat :

1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.

2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda.  

3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.

4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain.  Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.

5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.


 *Saya cuma berkongsi resepi. Sebarang pertanyaan mengenai bagaimana itu, macam mana ini, saya tidak tahu.



----------------------------------


Klik pautan di bawah untuk mempelajari pembuatan kek yang istimewa :

Sensasi Kek Coklat



 

Hukum Memakan Belangkas atau Telurnya

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas.

Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.


*Sumberhttp://www.e-fatwa.gov.my

Resepi Puding Milo Oreo



Bahan-bahan :

10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo (Tidak ada Milo, Oligo Coco atau yang seumpamanya bisa diganti)
satu bungkus oreo (135g) - patahkan kepada dua bahagian atau lebih (kalau biskut yang menyerupai jenama Oreo pun masih bisa diguna)

Cara-cara pembuatan :


-Mulakan kerja dengan nama Allah dan doa-
-Tangan yang bersih-


  • -Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
  • -Masukkan gula dan masak hingga larut. 

  • -Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.

  • -Bahagikan 2 bahagian dan 1 bahagian dicampurkan dengan serbuk Milo dan kacau hingga sebati.

  • -Bahagikan 1 bahagian serbuk Milo kepada 2 bahagian. 

  • -Masukkan 1bahagian serbuk Milo ke dalam acuan.

  • -Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi (yang tidak dicampur dengan serbuk Milo). 

  • -Taburkan biskut Oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki adunan Milo tadi. 

  • -Sejukkan sebentar dalam suhu bilik kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

  • -Setelah 10 minit atau lebih, maka ia boleh dipotong dan dihidangkan. 

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api "Torangkek"


Ayam Masak Lemak Cili Api, sodap sampai torangkek... apo yang torengkek tu....?. Koninglah eakau ingat apo..?

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak cili api (untuk 5 ke 6 ketul cincangan ayam)
  • Air 1 cawan
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 1 batang serai - dititik sahaja
  • Daging ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • 1 kotak santan sekurangnya  800ml atau santan perah dari 1 biji kelapa
  • 15-20 biji cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api
  • 1 keping asam gelugor (pilihan tambahan)

Cara Penyediaan :

1.Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya ialah agar air yang terkandung pada ayam tu keluar bagi mengelakkan kuah lemak terasa hanyir. 

2.Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sebentar. Kemudian angkat daging ayam bersama cili dan serai, kemudian ketepikan sementara waktu.

3. Panaskan santan sahaja dalam periuk dengan api kecil hingga santan menggelegak.

4. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili padi, kunyit dan serai tadi ke dalam santan dengan api yang kecil. Masukkan air ikut keperluan. Teruskan mengacau agar santan tidak pecah minyak. 

5. Masukkan garam secukup rasa.

6. Sebagai pilihan, masukkan asam keping untuk mendapatkan rasa masam-masam. 

7. Jika dilihat ayam sudah empuk, tutup api. Masakkan sudah boleh dihidang.

**Komen :

-Hasil akan berbeza mengikut kualiti bahan mentah yang disediakan juga faktor "air tangan" asming-masing.

-Paling penting masak dengan dimulakan doa pada setiap peringkat dan dengan perasaan ikhlas. Inilah faktor yang paling ampuh untuk penghasilan makanan yang sedap sehingga menjilat pinggan.

-Kalau ada bakat, boleh saja ubahsuai ikut "rasa" masing-masing

Resepi apam polkadot gebu & comel



Bahan-bahan :
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
3 sudu teh baking powder - diayak sekali
3 biji telur sejuk yang disimpan dari peti ais
150 ml susu segar atau susu cair
220 gm gula halus
275 gm tepung gandum
Perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna adalah terpulang kepada anda asalkan ianya halal dan menyihatkan

Langkah Pembuatan :
1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kannya dengan warna atau cara letak pilihan anda.
10. Kukus  selama 10 hingga ke 15 minit sehingga masak.
Pesanan : 
-Baca doa serta selawat sebelum, semasa dan selepas membuat apam polkadot ini ataupun jenis makanan yang lain agar makanan menjadi terpelihara dan diberkati Allah SWT.
-Tidak gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam jadi merekah atau pecah. Gunakan api yang sederhana bagi pengawalan suhu.
-Anda sangat digalakkan untuk membalut tudung periuk dengan kain yang bersih untuk mengelakkan titisan air dari wap kukusan jatuh ke atas apam dan menyebabkan kerosakkan pada struktur apam polkadot.

Resepi kuih lapis



Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula pasir
  • 600ml santan pekat
  • 800ml air
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh esen ros
  • 1 atau lebih pewarna (mengikut citarasa masing-masing)

Cara-cara membuat :

1. Masukkan tepung beras,tepung gandum,gula, garam,santan dan air dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak bergentel.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.. untuk contoh resepi ini, menggunakan warna merah dan warna sebahagian lagi ialah warna asal adunan.

3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan merah ke dalam loyang yang telah disapu sedikit dengan minyak masak agar adunan senang dikeluarkan nanti. Seeloknya menggunakan lipatan daun pandan semasa menyapu minyak pada loyang atau acuan. Kukus lebih kurang selama 10 minit.

4. Tuangkan pula adunan yang bewarna asal, juga kukus selama 10 minit. Buat berselang-seli hingga adunan habis. Pastikan anda mengelapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula supaya adunan tidak terlalu berair dan lembab.

5. Apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.

*********^^^^^^^^*********^^^^^^^^*********

*Untuk menekap bentuk pada kuih lapis, gunakan apa sahaja bentuk acuan tetapi hendaklah menyapu sedikit minyak masak pada acuan supaya nanti mudah untuk di keluarkan. Ataupun potong sahaja seperti biasa.

**Resepi sama tetapi adakalanya rasa yang berlainan. Ini kerana atas beberapa faktor iaitu :

- jenis atau jenama tepung yang digunakan.
- jensi santan sama ada santan yang diparut dan diperah dari kelapa atau santan dari dalam kotak yang "ready made".
-"air tangan" adalah berbeza antara satu dengan lain. Istilah air tangan ini dalam fahaman yang mudah ialah bakat dan kemahiran anda membuat sesuatu pekerjaan.



Klik gambar di atas

Jenis-jenis ulam di Malaysia

 

Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. 

Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 m. Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung.

Ulaman juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan ulam yang popular, mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan lain-lain. 

Manakala kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang popular, jarang didapati di pasaran seperti genuak, pucuk jambu golok (gajus), beluntas, pucuk betik, dan cekur. Bagaimanapun dengan adanya pasar-pasar tani dan pasar minggu yang dianjurkan oleh jabatan FAMA dan lain-lain, ulaman ini secara keseluruhan masih dapat dibeli di situ, tetapi dengan kuantiti yang terhad.

 Berikut adalah kategori ulam yang dikelaskan :

Ulam tradisional

Ulam tradisional ialah ulaman yang telah sekian lama dimakan oleh nenek moyang orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Ia boleh ditanam ataupun tumbuh meliar kerana benihnya mudah didapati dan berasal di Malaysia. Kebanyakan ulam ini tumbuh di kampung ataupun di hutan.

Ulam bukan tradisional

Ulam bukan tradisional ialah ulaman yang diambil dari tumbuhan yang ditanam yang asal benihnya dibawa masuk dari luar negeri dan ditanam di Malaysia sebagai sayuran yang selalu kita makan seperti timun, kacang panjang, kubis, lobak merah dan bawang. Ia selalunya terdiri dari ulam yang sering dijumpai. Ada ulam bukan tradisional yang tumbuh meliar umpamanya ketumpang air dan gelang pasir.

Ulam popular

Ulam popular selalunya terdiri dari ulam yang banyak ditanam atau banyak tumbuh meliar melata di mana-mana sahaja sama ada di bandar, kampung, tanah terbiar atau hutan. Ia mudah didapati sama ada dipetik sendiri dari pokoknya atau dibeli di pasar basah atau pasar besar seperti ulam Raja, pegaga dan peria katak.

Ulam kurang popular

Ulam kurang popular ialah ulam yang sukar dijumpai ataupun ulam yang kurang diketahui mengenainya. Disebabkan ia sukar dijumpai, ia jarang dijual di pasar-pasar biasa ataupun pasar besar. Ada juga tumbuh-tumbuhan yang kurang diketahui akan bahagiannya yang boleh dijadikan ulam. Antara contohnya seperti pucuk mangga, pucuk asam jawa, pucuk cermai, pucuk kedondong, gelang pasir, ketumpang air, kemaman, pucuk jering dan pucuk daun kari.

Buah Binjai : ramai juga yang tak tahu


Mengikut pengalaman saya semasa di Karnival Jualan Buah-buahan Tempatan : "Jom Makan Buah" (6 - 10 Disember 2013) di Presint 2 Putrajaya yang diadakan di Laman 1 Malaysia anjuran FAMA, ramai juga yang tidak mengenali akan buah yang dianggap sebagai buah-buahan tradisional iaitu buah binjai.  Bukan hanya kanak-kanak dan remaja yang tidak mengenali buah ini, orang dewasa pun ada juga yang mengakui bahawa tidak pernah tahu akan buah binjai.

Teringat semasa sama masih tinggal di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka, semasa zaman kanak-kanak. Ada sepokok Binjai tumbuh di tepi pagar rumah. Sebelah rumah tu ialah tanah kosong milik jiran sekampung, yang juga merupakan "bau-bau bacang" dengan keluarga saya (buah juga tu). Bila musimnya berbuah, selalu dapat merasa apabila jiran tu beri.

Untuk pengetahuan semua, nama saintifik Binjai ialah Mangifera caesia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga "Anacardiaceae". Binjai tergolong dalam jenis yang sama dengan mangga dan ada ditanam di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Papua New Guinea, Kerala dan Filipina. Pokok Binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi. 

Bunganya berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal. Buahnya besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuningan, lembut, dan berbau kuat dengan rasa masam manis atau masam.

 

Binjai terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak atau disejukkan dengan ais. Binjai juga digunakan sebagai campuran sambal, terutama untuk masakan ikan sungai. Bijinya kadang-kadang dikeringkan dan dijadikan sebagai lauk yang dimakan bersama nasi.


Kayu binjai dapat digunakan sebagai papan untuk pembinaan lantai dan bahan sokongan untuk kerja-kerja ringan pembinaan bangunan. Buahnya yang sudah matang boleh dimakan dalam keadaan segar dengan dikupas terlebih dahulu kulitnya. Setelah itu, pucuk daunnya yang masih muda boleh dimakan sebagai ulam.


**Maklumat tambahan :
-Binjai juga merupakan nama sebuah kota di utara Sumatra, Indonesia.

Resepi Bubur Talbina (Barli)


Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung), kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” (Diriwayatkan oleh Muslin dan Bukhairi)

Bubur Talbinah sebenarnya adalah bubur barli. Biji barli yang dimaksudkan ialah bukan biji barli mutiara yang seperti kita buat air barli tetapi biji barli yang masih belum dikisar. Masih fibernya melekat pada beras barli itu. 

Biasanya bubur ini diperbuat daripada biji barli yang ditepungkan dan tepung itu dimasak dengan air atau susu dan madu tetapi Ibn al-Qayim menerangkan “talbina” sebagai sup yang dicampur dengan yogurt.


Cara Penyediaan :

1. Ambil dua sudu besar tepung Barli dan masukan ke dalam bekas 1 1/2 cawan air atau susu 
2. Masak 10-15 minit dengan api yang sederhana. Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu lebah asli.

Sedikit penerangan mengenai barli :
Barli atau nama botaninya "Hordeum Vulgarie" dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.



Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tinnginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. 

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan