Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung ubi kayu
- 1 cawan gula pasir
- 600ml santan pekat
- 800ml air
- sedikit garam
- 1 sudu teh esen ros
- 1 atau lebih pewarna (mengikut citarasa masing-masing)
Cara-cara membuat :
1. Masukkan tepung beras,tepung gandum,gula, garam,santan dan air dalam
sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak
bergentel.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.. untuk contoh resepi ini, menggunakan warna merah dan warna sebahagian lagi ialah warna asal adunan.
3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan merah ke dalam loyang yang telah disapu sedikit dengan minyak masak agar adunan senang dikeluarkan nanti. Seeloknya menggunakan lipatan daun pandan semasa menyapu minyak pada loyang atau acuan. Kukus lebih kurang selama 10 minit.
4. Tuangkan pula adunan yang bewarna asal, juga kukus selama 10 minit. Buat berselang-seli hingga
adunan habis. Pastikan anda mengelapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula supaya adunan tidak terlalu berair dan lembab.
5. Apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.
*********^^^^^^^^*********^^^^^^^^*********
*Untuk menekap bentuk pada kuih lapis, gunakan apa sahaja bentuk acuan tetapi hendaklah menyapu
sedikit minyak masak pada acuan supaya nanti mudah untuk di keluarkan. Ataupun potong sahaja seperti biasa.
**Resepi sama tetapi adakalanya rasa yang berlainan. Ini kerana atas beberapa faktor iaitu :
- jenis atau jenama tepung yang digunakan.
- jensi santan sama ada santan yang diparut dan diperah dari kelapa atau santan dari dalam kotak yang "ready made".
-"air tangan" adalah berbeza antara satu dengan lain. Istilah air tangan ini dalam fahaman yang mudah ialah bakat dan kemahiran anda membuat sesuatu pekerjaan.