Rancangan kartun yang disiarkan di Malaysia sama ada dari luar negara mahupun dari dalam Malaysia sendiri mempunyai pengikut dan peminat yang ramai juga terutamanya dari kalangan kanak-kanak dan tidaklah menjadi pelik sekiranya orang dewasa juga turut meminati siri kartun yang disiarkan di televisyen.
Dalam rancangan Tunggu Sekejap, telah ditemu-ramah empat orang pemilik suara alih bahasa yang mewakili empat karektor kartun atau animasi popular iaitu Bahagia Bin Daharun (Baggio) sebagai Ultraman (tak tahu apa nama Ultraman yang diwakilinya), Ruhaiyah Daharun sebagai Doraemon, Faizal Md. Isa sebagai Naruto dan Fathia sebagai Boboiboy. Untuk makluman anda, suara si Fathia ini juga digunakan untuk animasi Upin & Ipin.