Perbezaan hadiah pemenang rancangan hiburan dengan berteraskan keIslaman

 

Jika diikutkan konsep yang sepatutnya apabila perkara-perkara yang melibatkan keagamaan dijadikan bahan untuk rancangan realiti tv seperti "Imam Muda" dan yang terkini iaitu "Pencetus Ummah", nilai kewangan atau hadiah yang diperolehi bukanlah ukuran utama.

Namun disebalik itu, bandingkanlah juga dengan nilai hadiah yang dimenangi oleh juara rancangan realiti tv yang berbentuk hiburan seperti dalam gambar di atas (sekadar beberapa contoh sahaja). Dilihat seolah-olah sesuatu yang berteraskan hiburan lebih diberi nilai serta pengiktirafan tinggi berbanding dengan rancangan berbentuk penggalakkan keIslaman.

Perkara ini pastinya ada "pro" dan "kontra".  Setiap dari kita mempunyai penilaian berbeza.  Kesimpulannya, kita semua yang beragama Islam telah dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di bumi Allah SWT.

Maka wajiblah kita terus berjuang menyebarkan kalimah dan ayat-ayat Allah SWT ke pelusuk bumi secara berterusan dalam apa sahaja landasan yang dibenarkan oleh syariat.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan