Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Video bekas Mufti beri teguran kepada Sajat


Bekas mufti wilayah persekutuan yang kini merupakan Menteri Agama Malaysia iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri  telah memberi teguran kepada Muhammad Sajjad yang telah membuat video dan pada video berkenaan Sajjad @ Sajat dengan bangganya mengatakan yang dijangkiti wabak Covid Sembilan Belas semuanya yang bukan pondan. Pondan tak kena.

Moga video nasihat dari Menteri Agama ini sampai kepada Sajat dan menjadi asbab  beliau berubah menjadi lebih baik.

Berikut adalah video Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang memberi nasihat kepada pondan bernama Sajat :



Pemuda tertiarap di tepi jalan - pegawai perubatan bergegas datang


Pegawai perubatan yang cuba merawat seorang pemuda yang ditemui tertiarap di tepi jalan dan disyaki dijangkiti virus Covid-19 terkejut selepas mendapati lelaki itu sebenarnya baru putus cinta.

Dalam kejadian di Magetan, Jawa Timur, Indonesia itu, penduduk gempar apabila melihat seorang lelaki menunggang motosikal berhenti di tepi jalan sebelum tiba-tiba terjatuh dan tertiarap.


Penduduk yang panik tidak berani menghampiri atau membantu kerana bimbang lelaki itu dijangkiti Covid-19 dan terus menghubungi hospital.

Beberap minit kemudian, sebuah ambulans tiba dan dua petugas yang lengkap memakai pakai perlindungan peribadi (PPE) keluar serta terus menghampiri lelaki itu.



Ketika dihampiri lelaki itu tiba-tiba bangun dan menangis menyebabkan pegawai perubatan berkenaan bertambah terkejut. Selepas disoal-siasat lelaki itu akhirnya mengaku dia tertiarap di tepi jalan akibat terlalu kecewa kerana baru ditinggalkan kekasihnya.

"Hubungan kami baik-baik sahaja dan saling menyayangi tetapi tiba-tiba sahaja dia mintak putus," kata lelaki itu sambil menangis teresak-esak.


Melihat keadaan lelaki itu, petugas kesihatan berkenaan memujuknya dan memberi kata-kata nasihat supaya dia tidak putus asa.

Selepas beberapa minit, lelaki itu akhirnya dapat menenangkan dirinya dan berhenti menangis.

Lelaki itu kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan berkenaan sebelum beredar dengan menunggang motosikalnya.

Harap bertabah Mas Bro, min doakan moga kamu bisa ketemu cinta sejati... 😄

Kredit :
Oleh: Goli-Goli.Com
Gambar: Twitter @magentanbanget

Video : Polis nak halau tapi ini yang berlaku...


"Polis nak halau balik rumah, rupa-rupanya takde rumah..." 😭😭

Menurut pengirim, mulanya salah seorang Polis peronda menyoal seseorang yang berbaju hijau. Asalnya nak marahlahkan sebab kelihatan macam melepak.

Namun apabila individu berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata dia tiada rumah dan hanya tidur di taman dan kawasan lapang berkenaan, maka Polis yang bertugas itu  menjadi kasihan dan memberi bekalan makanan dan minuman mereka pada individu yang berbaju hijau itu untuk dibahagi-bahagikan kepada yang lain.

Ya Allah...mulianya hati Polis peronda yang ada di kawasan berkenaan. Hanya Allah mampu membalas dengan sebaik-baiknya.. 😭


Harap pihak persatuan atau badan bukan kerajaan serta agensi kerajaan yang tertentu agar ambil maklum tentang kebajikan golongan ini. Kasihanilah mereka yang tidur dalam kesejukan.

Kredit teks asal : Kami Sokong PDRM (Faecbook)

Batang ubi kayu bantu kawal penularan COVID-19


🔥PENEMUAN SENSASI !!!🔥

Batang ubi kayu diyakini boleh mencegah dari merebaknya wabak Covid-19 dalam musim PKP

Caranya penyediaannya :

1. Ambil batang ubi kayu yang sudah matang.

2. Bersihkan dengan buang daun yang ada.

3. Potong sekurangnya satu meter bermula dari pangkal.

4. Rendam semalaman batang ubi kayu dalam air untuk buang getah yang ada.

5. Selepas itu  ambil batang ubi kayu berkenaan dan libas sahaja sesiapa yang masih degil merayap ke sana sini tanpa tujuan yang boleh diterima (yang tiada bukti).

6. Jangan libas di muka. Libas belakang badan atau betis.

7. Dengan kurangnya pergerakkan mereka yang degil, kita dapat mengawal wabak ini dari terus berjangkit.

Selamat mencuba.👍

==========================

Nak urut kaki lepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan? Meh lah berurut dengan URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam (dekat je dengan Pulau Sebang dan Padang Sebang)

Promosi : 40 minit = RM25.00

Untuk Mesej Whatsapp, klik ---» https://urutantanjungrimaudalam.wasap.my


Polis peronda buat hal...


Polis peronda buat hal yang diluar jangka. Peristiwa ini berlaku di Teluk Batik, Perak. Polis peronda kelihatan membuat sesuatu yang diluar dari skop tugasan mereka.

Apabila ditegur dan ditanya pada mereka mengapa perkara itu dibuat, ini jawapan salah seorang dari polis peronda berkenaan :

“Saya kasihan melihat kucing itu berlari ke arah kami dan mengiau seolah-olah mahu beritahu mereka lapar," kata anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Lans Koperal Isam Bohari, 29.

Isam berkata, naluri menyayangi kucing mendorongnya meluangkan sedikit masa untuk membeli dan memberi makan kepada lebih 20 haiwan terbiar itu di Teluk Batik, Lumut, pada hari berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, dia bersama dua lagi rakan setugas, Lans Koperal Wan Adzlan Wan Ramli dan Lans Koperal Zulhelmi Razani menjalankan rondaan di pantai awam berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kami lihat semua kucing di situ seperti lapar dan tak sampai hati melihatnya dan sanggup ke kedai serta beli makanan untuk diberikan kepada haiwan itu.

"Semua kucing nampak berselera hingga dua kali makanan ditambah dan setiap kucing diberikan makanan sendiri serta dijarakkan kedudukannya kerana tidak mahu mereka berebut makanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, gambar dan kisah anggota berkenaan memberi makan kepada kucing terbiar dikongsi seorang individu di Facebook (FB).

Hantaran itu mendapat reaksi positif netizen yang memuji serta menzahirkan rasa terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan itu atas tindakannya.

Dia mengambil tindakan itu kerana menyedari haiwan berkenaan mungkin sukar mendapatkan makanan berikutan tiada kedai dibuka dan Teluk Batik sudah tidak dikunjungi pelawat susulan PKP.

"Saya pencinta kucing dan sebelum ini juga selalu bawa makanan (untuk diberikan kepada kucing terbiar), tetapi hari ini saya terlupa nak bawa sekali, sebab itu rasa kasihan melihat kucing itu.




"Saya tak tahu cerita itu (bagi makan kepada kucing Teluk Batik) dikongsi di FB, tetapi bagi saya, ini cara berkongsi rezeki," katanya yang turut mempunyai tujuh kucing di rumah.

Kredit :
- Nor Hidayah Tanzizi (Harian Metro)

Israel minta tolong dari negara Islam?


Masa mereka bunuh orang Palestin, orang beragama Islam dengan kejam berabad lamanya, apa dalam fikiran mereka?

Masa Israel dilanda musin panas melampau sehingga terbakar hutan dan semak, rakyat Palestine yang tolong padamkan bagi menunjukkan rasa peri kemanusiaan, tapi lepas tu Yahudi Zionis bunuh lagi orang Islam di Palestine dan sekitarnya.

Sekarang mereka minta tolong lagi...? Ini bagai menempah maut... Ibarat menolong alien durjana yang tersepit...

Kredit gambar : Roti Kaya ( Twitter )

Portal sahih untuk rujukan maklumat terkini Covid 19


Memandangkan banyak maklumat yang salah mengenai pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini.

Masih ramai yang belum mengetahui bahawa terdapat pasukan penyelidikan yang diketuai Malaysia, diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk hasil kerja mereka mengenai CoronaTracker iaitu platform sehenti untuk data dan berita berkaitan COVID-19.

Tracker adalah projek berasaskan komuniti bermula dengan pembabitan seramai 400 sukarelawan di seluruh dunia terdiri daripada saintis data, pengamal perubatan profesional, pereka user interface/user experience (UI/UX), full stack developers (pembangun web) serta orang awam dan sehingga kini mempunyai lebih 1800 sukarelawan.

Laman webnya, https://www.coronatracker.com, bertindak sebagai portal untuk orang ramai mengetahui perkembangan berita terkini mengenai COVID-19 serta mengumpul data untuk analisis lanjut.

Pasukan yang diketuai Fairoza Amira Hamzah, 29, menghasilkan kertas penyelidikan bertajuk “CoronaTracker: Analisis Data dan Ramalan Wabak COVID-19 di seluruh dunia”, bertujuan untuk membuat ramalan mengenai kes COVID-19, kematian dan pemulihan melalui model ramalan dan menguraikan pola mengenai sentimen orang awam berkaitan penyebaran maklumat kesihatan.

Selain Fairoza, pasukan itu turut dianggotai penyelidik berbakat iaitu Lau Cher Han, Hafeez Nazri, Dominic Vincent Ligot, Lee Guanhua, Tan Cheng Liang, Mohammad Khursani Mohd Shaib, Ummi Hasanah Zaidon, Adina Abdullah, Chung Ming Hong, Ong Chin Hwee, Chew Pei Ying dan Roland Emmanuel Salunga.

Anak kelahiran Tangkak itu menyatakan sejak hari pertama, pasukan tersebut melakukan semuanya secara online, menggunakan pelbagai platform seperti Trello untuk menjejaki setiap tugas, Slack untuk berkomunikasi antara satu sama lain, Telegram untuk berkomunikasi dengan orang awam, GitHub untuk berkongsi kod, Google Drive untuk berkongsi dan menyimpan data, Zoom untuk mesyuarat dalam talian serta Amazon Web Services (AWS) dan Netlify untuk menyimpan data.

“Maklumat kami boleh dipercayai kerana sumber disahkan sebelum dimasukkan ke dalam laman web dan dikongsi dengan orang ramai.


“Dalam fasa pertama, kami bermula dengan mengumpulkan berita dari Malaysia, CNN, BBC dan Tencent, diikuti mendapatkan data dari Johns Hopkins University, WHO dan berita pelbagai bahasa dari Jepun, China, Malaysia, Vietnam, Itali dan lain-lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains Maklumat dan Kejuruteraan Kawalan dari Universiti Teknologi Nagaoka, Jepun, berkata kerja keras selama dua bulan bermula 25 Jan lepas berbaloi apabila kertas penyelidikan mereka diterbitkan dalam buletin online WHO di https://www.who.int/bulletin/online_first/20-255695.pdf pada 19 Mac 2020.

Fairoza berkata pasukan itu akan meneruskan fasa kedua penyelidikan iaitu mereka merancang untuk mengkaji cara membendung penularan pandemik itu dengan mengkaji pelaksanaan pemulihan setiap negara dan faktor yang mempengaruhi penularan wabak tersebut.

Memandangkan COVID-19 terus merebak ke seluruh dunia, pasukan itu meramalkan penyelidikan mereka akan memasuki fasa ketiga dan keempat.

Mengimbau kembali, Fairoza berkata ia bermula dengan hantaran Lau di Facebook pada Januari yang memulakan usaha pasukan itu untuk menyediakan data yang boleh dipercayai untuk disalurkan kepada orang ramai.

“Saya lihat hantaran Lau dalam Facebook untuk kumpulan pereka UI/UX dan saya memutuskan untuk menyertai beliau.

“Pada mulanya saya begitu teruja untuk mengetahui apakah yang beliau cuba bangunkan dan apakah situasi semasa dalam data komuniti sains Malaysia. Kemudian dia minta saya mengetuai pasukan penyelidikan di sini, dan bermula dari situlah saya terlibat secara aktif,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan peribadi beliau mengenai pandemik ini, Fairoza berharap orang ramai dapat memainkan peranan mereka untuk memerangi COVID-19 bersama-sama, supaya wabak ini dapat berakhir secepat mungkin.

-- BERNAMA

Bilik Menukar Lampin Bayi di R & R Tapah disamak


PLUS Malaysia Berhad merujuk kepada video seorang wanita memandikan anjingnya di Bilik Menukar Lampin Bayi di R & R Tapah (Arah Selatan) yang sedang tular pada ketika ini.

PLUS melahirkan rasa kesal dengan kejadian terpencil  tersebut di mana wanita terbabit tidak menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang menyaksikan kejadian itu.

Sejurus kejadian tersebut, persekitaran Bilik Menukar Lampin Bayi terbabit telah disertu dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan.




Papantanda peringatan yang memaklumkan pelanggan bahawa R & R adalah kawasan larangan untuk binatang peliharaan juga ada diletakkan di semua R & R di lebuh raya PLUS.






Demi keselesaan pengguna lebuhraya PLUS, kami memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan tersebut.

Kredit :
- Utusan Online (gambar)
- PLUS (Facebook)

Peta Negara Palestine 1947


Peta ini telah dikeluarkan oleh Majalah National Geographic dalam tahun 1947, yang menunjukkan bukti bercetak tiada negara yahudi zionis. Yang ada di kawasan berkenaan ialah PALESTINE. 

Sehinggalah atas sokongan negara Amerika Syarikat serta diburukkan lagi dengan negara Arab di sekitarnya tidak bersatu untuk mempertahankan Islam di Palestine, maka yahudi zionis ini sedikit demi sedikit merampas tanah Palestine dan mendudukinya secara haram sehingga kini.



Alicia Amin : dikecam kerana berbogel ketika photoshoot


Alicia Amin, model dari Malaysia yang pernah memgambil bahagian dalam pertandingan Asia's Next Top Model Musim ke 5 telah menghangatkan rakyat Malaysia dengan sesi fotografi bogel di salah satu pantai di negara Australia.

 


Beliau yang nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin berusia 22 tahun, beragama Islam, merupakan kacukan bangsa Melayu - German kini menetap di Melbourne, Australia.

Beliau merupakan model profesional dalam bidang peragaan pakaian dan juga pelakon sambilan. Antara drama yang pernah beliau berlakon ialah 'Meh Sandar Lagi'.



Baru-baru ini beliau telah dihujani kritikan lantang oleh rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu atas kesanggupannya itu berbogel ketika sesi fotografi yang dilihat mencemarkan imej agama dan Melayu. Alicia Amin pula membalas kritikan di akaun Twitter nya dengan menyatakan bahawa orang Melayu sudah ketinggalan zaman.



Rancangan tv di Jepun bercerita mengenai agama Islam


Selamat ulangtahun kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 60 tahun. Semoga Allah melindungi negara ini serta umat Islam dari penipuan dunia dan helah Dajjal yang dilaknat.

Kali ini saya berkongsikan sebuah rakaman video mengenai sebuah rancangan televisyen di negara Jepun yang menerangkan mengenai imej dan ajaran Islam yang sebenar.

Pengacaranya juga turut menjelaskan mengenai bahagian-bahagian penting dalam agama Islam serta isu Islam yang dilabelkan sebagai agama yang menggalakan keganasan yang sebetulnya adalah penipuan sekelompok ekstrimis (pelampau) yang berideologikan Komunis yang menggunakan serta bersembunyi (menyamar) disebalik label  sebagai penganut Islam.


President USA Anti Islam. Apakah rakyatnya sama juga?


Di bawah adalah video ujikaji penerimaan Islam oleh rakyat di negara Amerika Syarikat di kala Donald Trumph kelihatan anti Islam serta fitnah media yang dilemparkan pada agama Islam yang sebenarnya adalah rekaan bagi menjatuhkan Islam dan membuatkan orang lain membenci Islam atas nama pengganas.


Pemuda Indonesia menyamar sebagai Ultras Malaya?


Kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia, semasa acara Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2017, pastinya membuatkan perasaan penyokong mereka hiba dan sedih.

Namun disebalik kehangatan isu "bendera terbalik" dan provokasi rakyat Indonesia yang membakar dan memijak bendera Malaysia serta fitnah media massa ke atas Malaysia, membuatkan seorang pemuda yang juga usahawan dari negara seberang datang menyiasat dengan menyamar sebagai penyokong Harimau Muda bagi mencari bukti seperti dakwaan sesetengah media massa tentang keburukkan rakyat Malaysia.

Andri Suwarno sebaliknya menemui sesuatu yang mengejutkannya dan "membongkar rahsia" di balik kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ke atas Indonesia ketika perlawanan Separuh Akhir tempoh hari.

Beliau mengakui, aktiviti penyamaran ini hanya untuk mengetahui maklumat mengenai penyokong Malaysia. Di dalam hatinya, beliau mendakwa masih setia menyokong timnas Indonesia.

"Jantung jiwa saya tetap merah dan putih. Kehidupan mati untuk tanah air Indonesia
Menang Pasukan Merah dan Putih. Jayalah Indonesiaku. Merdeka !!! "tulis Andri di laman sosial Facebook.

Andri menggunakan sepersalinan penyokong pasukan kebangsaan Malaysia seperti topi kuning dan hitam, serta bendera Malaysia. Di muat naik akaun Facebook peribadinya, Andri  juga menceritakan bagaimana dia dapat menyelinap masuk ke dalam kelompok penyokong pasukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ultras Malaya.

Di samping itu, beliau turut menggunakan logo yang dicipta oleh rakyat Malaysia bagi melambangkan persaudaraan negara berjiran iaitu Malaysia dan Indonesia.


"Ini adalah hadiah bendera persahabatan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia. Kawan baik saya. Dia membeli tiket dan menyediakan penginapan", kata Andri dalam status yang dimuat naiknya.

Mencari bukti laungan bersifat "rasis"

Pada masa pertandingan, Andri cuba mencari maklumat dan kebenaran mengenai jeritan atau laungan dari Ultras Malaya yang disebut-sebut mengandungi unsur rasis. Menurut beliau lagi, penyokong-penyokong Malaysia tidak membuat seperti yang difitnah oleh media massa di Indonesia dan tiada langsung melaungkan perkauman.

"Alhamdulillah semasa permainan tidak ada suara perkauman. Jika kemudian ada video perihalan perkauman saya pastikan ia diedit dan ditipu. Pembekal Malaysia sangat intelek, berpendidikan dan mapan dari segi ekonomi. Jadi jangan ganggu ", katanya.

Dalam video yang dimuat naik, kelihatan penyokong Malaysia yang menyanyikan lagu-lagu sokongan, laungan semangat, bergendang dan koreografi sokongan kepada pasukan Malaysia yang bertanding.

Rahsia semangat dan kekuatan sokongan Ultras Malaya.


Bukan sahaja untuk mengetahui bagaimana penyokong Malaysia memberi sokongan, Andri juga mengulik pihak lain. Dia mengakui terkejut melihat puluhan ribu penyokong Malaysia mengerjakan solat Maghrib berjemaah dan berdoa agar pasukan kebaangsaan Malaysia dapat memenangi perlawanan.

"Puluhan ribu Penyokong Malaysia berdoa Maghrib secara jemaah. Doa berterusan. Demi kemenangan Pasukan Tiger Malaya. Subhanallah adalah apa yang mesti ditiru oleh penyokong Indonesia. Sentiasa melibatkan Allah SWT dalam semua keadaan", tulis Andri di wall Facebooknya.

Sukan SEA ke 26 : Indonesia pun buat silap


Masihkah anda ingat?. Gambar adalah gambar semasa Sukan SEA ke 26 yang berlangsung di Indonesia pada tahun 2011.

Seperti yang anda tahu, bendera Malaysia ada 14 Jalur kesemuanya. Dimulakan degan jalur merah dan diakhiri dengan jalur putih. Jika tidak cukup jalur, maksudnya merubahkan imej asal dan bendera menjadi cacat.

Kesilapan ini kemudian diakui oleh pihak penganjur (Indonesia) dan kemudiannya memohon maaf.

Pihak kerajaan Malaysia menerimanya dengan terbuka dan tiada isu membakar serta memijak bendera negara Indonesia oleh rakyat Malaysia.

Justeru, kenapa sebilangan warga Indonesia perlu menghukum teruk kesalahan pihak penganjur di Malaysia sedangkan pihak Indonesia juga pernah melakukan kesilapan yang sama?

Cerminkan diri supaya sedar bahawa ramai warga Indonesia datang ke Malaysia mencari pekerjaan sama ada masuk secara haram ataupun secara sah.

Pendatang Asing Dengan Izin (PADI)



Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Mesej dari syarikat penerbitan komik Upin Ipin kepada kartunis Ujang

Status di Facebook Kartunis Ujang

Lagi satu isu "hangit" yang berlaku. Isu pemecatan kartunis Ujang sebagai penasihat Komik Upin Ipin. 

Menurut mesej pesanan ringkas yang dikongsikan oleh Ujang di 'wall' Facebooknya, pihak Nyla Sdn Bhd memohon maaf atas pemecatan tersebut memandangkan mereka terikat dengan kontrak dari Les Copaque yang memberikan lesen penerbitan kepadanya. 

Karenah daripada Les Copaque memaksa syarikat penerbitan ini memecat Ibrahim Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang dalam masa 24 jam.

Berikut adalah sebahagian mesej yang diterima oleh Ujang dari wakil pihak syarikat penerbitan berkenaan :



* harap tiga pihak yang terlibat iaitu Les Copaque, Nyla Sdn Bhd dan Ujang dapat selesaikan dengan cara yang molek kerana orang kita cepat "terbakar" dengan hal macam ini.

Komen yang bermain api : hina agama Islam di Facebook


Satu perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan dan isu sensitif antara kaum telah berlaku di Austin Perdana, Johor Bahru. Kesnya dikatakan bermula apabila seorang cina telah membunyikan hon secara berterusan di laluan hadapan sebuah masjid ketika solat Jumaat berlangsung. Kononnya sebab jalan berkenaan sesak. Selepas itu berlaku pergelutan antara jemaah di masjid dengan si pelaku.

Beberapa video rakaman semasa kejadian telah dimuat naik di internet. Pelbagai komen diberi, yang mengulas pada kes berkenaan. Namun ada satu komen di Facebook yang menggunakan nama Peter Chung Yun Fook telah membuat komen yang keterlaluan. Sila rujuk gambar di bawah :




Namun, ada pengguna Facebook yang lain cuba untuk meneutralkan keadaan dengan membalas komen berkenaan :


Pada pendapat saya pula, hal ini (bunyi hon kereta dan komen keterlaluan) mungkin berlaku kerana :

1) rendahnya kesedaran sivik dan moral menjadi punca tercetusnya pergaduhan dan provokasi.

ATAU

2) kemungkinan diupah oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kekacauan dan ketegangan hubungan antara kaum dan agama, lebih-lebih lagi apabila menghampiri Pilihan Raya (strategi politik).

Sudah ada papan tanda notis pemberitahuan bahawa jalan ditutup sementara pada hari Jumaat

Pada bahagian komen di status Facebook "page" berkenaan, ada beberapa komen lain yang bersifat perkauman yang menghina agama Islam dan bangsa Melayu, namun komen di atas saya rasakan antara yang keterlaluan dan tidak patut dibuat oleh rakyat sebuah negara yang majmuk.

Iklan di televisyen sudah banyak kali keluarkan berkenaan dengan "adab kat mana....?"

#adabkatmana


Video pengakuan pemandu teksi tentang keadaan Pulau Pinang pada Chef Wan


Kerajaan yang baik sentiasa akan dipromosikan oleh pelancong yang melawat negara tersebut, kata Chef Wan dalam laman Instagramnya.

Chef Wan atau nama sebenar, Redzuawan Ismail pada semalam telah berkongsikan sebahagian kecil rakaman video perbualan bersama pemandu teksi yang menceritakan perbezaan pentadbiran Pulau Pinang dibawah kerajaan sekarang berbanding pentadbiran Pulau Pinang dibawah kerajaan terdahulu. 

Menurut pemandu teksi tersebut, pelancong memuji kerajaan Pulau Pinang yang lebih bersih dan menjaga bangunan-bangunan lama berbanding suatu waktu dahulu. Terlalu banyak perubahan di Pulau Pinang pada masa sekarang.

Pemandu tersebut menjawab kepada soalan Chef Wan yang bertanyakan tentang pendapat pelancong mengenai kerajaan negeri Pulau Pinang ketika melawat di negeri itu. Chef Wan juga menjelaskan bahawanya apa yang penting bagi rakyat ialah mereka mahukan perubahan dan yang terbaik untuk kepentingan rakyat walau siapa pun yang memerintah.

Ketika ditanyakan tentang penilaian rakyat terhadap pentadbiran Pulau Pinang, pemandu itu sekali lagi menjawab rata-rata rakyat berpuas hati pada pentadbiran masakini.

Chef Wan turut menulis bahawanya sikap perkauman yang dimainkan oleh sesetengah ahli politik terlalu meloyakan dan membantutkan usaha melakukan perubahan yang terbaik ke atas negara.

Jika anda jujur dan benar-benar mahu bawa perubahan kepada negara ini anda pasti akan melakukan tak kisah la dengan propaganda apapun dikalangan ahli politik pada hari ini. Naik meluat. Saya tak kiri tak kanan. "Saya sayang negara saya, bangsa dan agama saya dan saya tak pandai simpan dendam serta iri hati", katanya lagi.

Rata-rata respon yang diterima beliau di status Instagran berkenaan turut menyokong kenyataan yang disampaikan oleh Chef Wan itu.

Video :




Credit to : otaibersih

PM Najib Razak jadi bahan senda selebriti Singapura



Satu rancangan santai Singapura, OK Chope yang disiarkan stesen republik itu secara tidak langsung menjadikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan lawak.

Antara barisan artis jemputan dalam rancangan itu adalah Najip Ali, Sam See, Rishi Budhrani, dan Mike Kassim serta pengacara, Vernetta Lopez. 


Rancangan itu meminta pesertanya melengkapkan ayat Najib yang dikurangkan satu perkataan ‘Najib slams …. for threatening Malaysia progress’ dan perkataan yang sepatutnya adalah `fake news’. 


Logo stesyen televisyen Channel 5, Singapura

Bagaimanapun, Najip dan beberapa selebriti Singapura meneka pelbagai perkataan yang secara tidak langsung mempersendakan PM Najib Razak.



Sumber : kinitv


*faham² lah sebab apa jadi macam ni.

*zaman DSAI dan Tun M tak pernah dipersenda begini.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan