Showing posts with label Kemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label Kemanusiaan. Show all posts

Video : Polis nak halau tapi ini yang berlaku...


"Polis nak halau balik rumah, rupa-rupanya takde rumah..." 😭😭

Menurut pengirim, mulanya salah seorang Polis peronda menyoal seseorang yang berbaju hijau. Asalnya nak marahlahkan sebab kelihatan macam melepak.

Namun apabila individu berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata dia tiada rumah dan hanya tidur di taman dan kawasan lapang berkenaan, maka Polis yang bertugas itu  menjadi kasihan dan memberi bekalan makanan dan minuman mereka pada individu yang berbaju hijau itu untuk dibahagi-bahagikan kepada yang lain.

Ya Allah...mulianya hati Polis peronda yang ada di kawasan berkenaan. Hanya Allah mampu membalas dengan sebaik-baiknya.. 😭


Harap pihak persatuan atau badan bukan kerajaan serta agensi kerajaan yang tertentu agar ambil maklum tentang kebajikan golongan ini. Kasihanilah mereka yang tidur dalam kesejukan.

Kredit teks asal : Kami Sokong PDRM (Faecbook)

Sedekah dalam perniagaan


Sedekah dalam berniaga.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Secara ringkasnya sedekah adalah perbuatan yang membantu kita mengumpul pahala yang amat berguna sebagai "passport" ke syurga.

Jika dilihat dengan mata hati, amat mudah untuk kita membuat sedekah jariah ini, lebih-lebih lagi pada golongan peniaga atau usahawan, terutamanya yang berniaga makanan dan minuman kerana mereka akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari.

Penjual satey ini (rujuk pada gambar di atas ) menjual dengan kadar 30 sen secucuk. Manakala 20 sen secucuk buat warga emas dan percuma untuk kanak-kanak. Alhamdulillah semoga penjual satey ini dipermudahkan rezeki untuk datang kepada mereka.

Lokasi di Jalan Gudang Ubat, Segamat, Johor.


Sumber asal : Facebook FanPage " Saya Orang Johor"

Sifat ihsan di akhir zaman


Firman ALLAH SWT yang bermaksud : 

“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadat semata-mata kerana ihsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.

Setiap Muslim dituntut berihsan dalam urusan kehidupan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya, bahkan dalam urusan muamalat seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan politik.

Di dalam dunia akhir zaman ini, yang sering kita dengar adalah kekejaman manusia dan penindasan serta kezaliman yang dilihat mengabaikan rasa belas ihsan dan prikemanusiaan.  Namun sebenarnya di dalam kemerosotan nilai akhlak, masih ada insan yang berhati mulia yang sanggup berkorban untuk membantu insan yang lain, sebagaimana yang diperlihatkan melalui rakaman video di bawah ini :







*Sebahagian kecil sumber dari :  CAHAYA KEHIDUPAN TAUHID

Kecenderungan otak kiri dan kanan : pengaruhi kecemerlangan diri


Kebanyakkan dari masyarakat kita pasti akan melihat dan membandingkan tahap pencapaian anak-anak mahupun pencapaian diri sendiri berbanding orang lain dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan pekerjaan. Contohnya jika anak-anak tidak mencapai tahap "cemerlang" seperti yang dikehendaki ibu bapa, maka anak itu selalunya akan lebih disalahkan. Banyak faktor yang boleh diteliti bagi menilai tahap perbezaan pencapaian itu dan salah satunya ialah perbezaan atau kecenderungan individu pada otak sebelah kiri dan kanan.

Penyelidik-penyelidik otak manusia mendapati bahawa kedua-dua hemisfera otak manusia (kiri dan kanan) berbeza dalam memproses sesuatu. Perbezaan utama antara otak kiri dan kanan dalam pembentukan aktiviti adalah seperti rajah di bawah :


Otak kiri

Otak kanan
Rasional
Lisan
Lurus (linear)
Pasif / menerima
Terancang & berstruktur
Bukan gerakan
Pengiraan
Penulisan
Melihat bahagian-bahagian
Teori
Mengawal perasaan
Bunyi bahasa
Intuitif
Penglihatan / ruangan
Sintesis
Bulatan
Interaktif
Bersesuaian dan spontan
Gerakan / tarian
Pola, model, bentuk
Lukisan
Melihat perhubungan dan keseluruhan
Amalan
Bebas dengan perasaan
Bunyi semulajadi
Muzik

 Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah seperti berikut : 

Otak kiri

¨       Mengira
¨       Memberi bukti
¨       Mengingat semula fakta atau konsep
¨       Membaca serta membuat analisis
¨       Melapor
¨       Segala bentuk analisis
¨       Menyurih
¨       Melukis carta
¨       Melukis graf
¨       Memberi contoh
¨       Menyalin nota
¨       Menilai secara objektif
 ¨       Melihat bahagian-bahagian 
¨       Memberi sifat-sifat perbezaan 
¨       Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik 
¨       Mendengar bunyi bahasa
¨       Menyenarai dan menkategorikan
¨       Rasional


Otak kanan
¨       Mencipta, mereka bentuk, main peranan, simulasi
¨       Drama kreatif, lakonan
¨       Penulisan kreatif
¨       Gerakan, tarian
¨       Membaca serta membuat sintesis
¨       Segala bentuk sintesis
¨       Geometri
¨       Demonstrasi
¨       Membuat ujikaji
¨       Bentuk (shapes)
¨       Membuat pola atau corak
¨       Memeta fikiran (mind mapping)
¨       Sumbangsaran atau percambahan fikiran
¨       Menggambarkan
¨       Semua bentuk sajak
¨       Semua bentuk seni
¨       Mendengar, melihat, menggerak
¨       Analogi
¨       Semua aktiviti intuitif
¨       Ukiran
¨       Lakaran
¨       Memberi sifat-sifat persamaan
¨       Melihat perhubungan dan keseluruhan
¨       Menilai secara subjektif
¨       Melukis
¨       Fotografi
¨       Mendengar bunyi semulajadi
¨       Main muzik, mencipta lagu

Oleh yang demikian, ibu bapa dan keluarga harus melihat kecemerlangan anak-anak atau ahli keluarga dari sudut perspektif yang lebih terbuka sebelum "menjatuhkan hukum" pada individu yang dimaksudkan.  Ibu bapa harus bijak dan segera menilai kecenderungan anak-anak mereka sama ada anak itu lebih kepada penggunaan otak kiri, otak kanan ataupun seimbang kedua-dua bahagian otak.  Dengan itu ibu bapa dapat merancangan "perjalanan" pembelajaran dan kerjaya anak mengikut keserasian diri anak masing-masing.

Begitu juga dengan individu yang ingin mencapai kecemerlangan dalam hidup.  Mereka perlu melakukan kerja atau aktiviti yang bersesuaian dengan keserasian diri serta kecenderungan otak mereka.  Jika ini dapat dilakukan, maka tiada insan yang akan tercicir dalam pembelajaran, kerjaya dan arus kemodenan.

Islam dan cara hidupnya, ubat bagi permasalahan masyarakat

~Jika keperluan rakyat biasa "dihulukan", inilah yang terjadi

~Gambar diambil dari sumber internet
Assalamualaikum...

Inilah akibatnya jika sebuah negara Islam mengasingkan undang-undang Islam dari cara serta corak pentadbiran.  Seperti yang dipaparkan dalam berita tv3 pada malam hari Isnin (09/08/2010), masih ada lagi berlaku kes pembuangan bayi atau janin.  Dan masih lagi tidak kelihatan usaha-usaha untuk mengaplikasikan pemerintahan Islam sepenuhnya ke dalam "buku undang-undang negara.  Sebaliknya menggunakan syarikat milik "luar" untuk merangka imej baru negara.

Masyarakat semakin hari semakin dicengkam dengan pelbagai masalah yang didahulukan kepada rakyat.  Kos makanan harian makin meningkat, gas memasak meningkat, kos pengangkutan awam meningkat dan masalah sosial juga meningkat.

Jika makin lama dibiarkan negara tanpa undang-undang Islam sepenuhnya, masyarakat makin "sakit".  Usaha-usaha perlu dilaksanakan dengan serius bagi menyediakan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar Islam, tiada had, tiada hari.  Para ulama dan ustaz - ustazah yang benar-benar membawa Islam tanpa mengikut kepentingan peribadi serta politik, perlu diberi ruang dalam merangka dasar pemerintahan negara.  Bukannya menggunakan mereka hanya untuk tujuan kempen meraih undi.

~Membantah kemasukkan pengaruh luar ke dalam negara

Tragedi di Gaza, Palestin - Salah umat Islam sendiri


Sejarah kekejaman dan hasad dengki Yahudi Zionis berakar umbi sejak zaman kelahiran Nabi Yusof A.S lagi.  Tetapi kenapa mereka sehingga kini makin kejam dan berani membuat onar dalam kehidupan umat Islam di Palestin?  Malah penganut agama lain juga berani membuat sesuatu yang jahat kepada umat Islam.  Kenapa permasalahan ini berlaku?

Ia makin galak berlaku kerana sikap umat Islam sendiri yang tidak membentuk jaringan ukhwah sesama Muslim. Punyalah banyak negara Arab di sekitar Israel, tapi satupun tidak dapat menyekat keganasan Yahudi Zionis ke atas Palestin.  Masing-masing mahu menjaga kepentingan sendiri sehingga membiarkan saudara seagama diperlakukan dengan begitu kejam.  Negara maju dan moden seperti USA pun dikawal oleh segolongan Yahudi Zionis.  Banyak bahagian-bahagian penting dalam pentadbiran USA dikuasai Yahudi Zionis.  Ada juga yang menjadikan syarikat tertentu yang berkonspirasi dengan Yahudi Zionis sebagai penasihat "gaya, mutu dan keunggulan" pentadbiran negara.  Secara tidak langsung ia memberi dana kepada Yahudi Zionis untuk membunuh umat Islam.

Contohnya di Malaysia, ada rakyatnya begitu mudah menerima produk ataupun perkhidmatan dari orang kafir ( bagi yang tidak tahu, maksud "kafir" ialah mereka yang menganuti agama selain Islam ).  Tanpa ragu dan dengan penuh yakin mereka makan atau menggunakan perkhidmatan orang kafir dengan tiada banyak soal.  Di sini saya ingin tekankan dan fokus dari segi aspek pemakanan.

Dari pemakananlah yang menjadi punca hati tidak bersih, solat tidak kusyuk dan masalah kesihatan.  Saya pernah melihat keadaan yang berlaku di Petaling Jaya dan Melaka, di mana seorang mahupun lebih dari seorang wanita Islam (setakat yang saya nampak) membeli buah-buahan potong dari penjaja  tepi jalan dan penjaja itu merupakan orang kafir.  Walaupun buah-buahan itu halal, tetapi orang yang menyediakan itu bukan dari golongan yang dibolehkan menyediakan makanan untuk umat Islam.  Tahap kesucian serta kebersihan peralatan yang digunakan sangat-sangat diragui.  Kita tidak tahu, entah-entah pisau yang digunakan untuk memotong buah-buahan itu juga digunakan untuk memotong daging babi ataupun bahan haram yang lain.


Ada sesetengah golongan orang Islam yang mempunyai banyak soal bila diperkenalkan dengan barangan atau jenama yang dibuat oleh orang Islam sendiri, bak kata rakyat jelata "banyak songeh".  Bermacam-macam hal yang dipersoalkan.  Kita wajib menyokong jenama umat Islam walauapapun kekurangan pengeluaran mereka.  Dan ini yang dibuat oleh orang kafir.  Mereka tidak pernah nak meminggirkan barangan yang dikeluarkan oleh bangsa mereka sendiri.  Telah lama kita menyumbang dan memajukan perniagaan orang kafir.  Hasil dari kekayaan dari perniagaan mereka itu, ada yang digunakan untuk membantu gerakan anti Islam.

Oleh itu mulai hari ini, kita sama-sama memilih barangan buatan orang Islam.  Beli buah-buahan yang disediakan oleh orang Islam.  Makan di gerai atau premis orang Islam.  Ataupun anda tidak kisah makan buah-buahan yang dipotong oleh kafir yang kadang-kadang pengotor.

Umat Islam sendiripun disarankan dengan serius agar membaca doa dan kalimah suci sebelum membuat makanan ataupun membuat sesuatu kerja agar ianya menjadi berkat.  Berkat bukan sahaja untuk soal makanan tetapi hasil dan sumber pendapatan yang diperolehi.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan