Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti
mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang
melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)
Konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadat semata-mata kerana ihsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.
Setiap Muslim dituntut berihsan dalam urusan kehidupan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya, bahkan dalam urusan muamalat seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan politik.
Di dalam dunia akhir zaman ini, yang sering kita dengar adalah kekejaman manusia dan penindasan serta kezaliman yang dilihat mengabaikan rasa belas ihsan dan prikemanusiaan. Namun sebenarnya di dalam kemerosotan nilai akhlak, masih ada insan yang berhati mulia yang sanggup berkorban untuk membantu insan yang lain, sebagaimana yang diperlihatkan melalui rakaman video di bawah ini :
*Sebahagian kecil sumber dari : CAHAYA KEHIDUPAN TAUHID