~Jika keperluan rakyat biasa "dihulukan", inilah yang terjadi |
~Gambar diambil dari sumber internet |
Inilah akibatnya jika sebuah negara Islam mengasingkan undang-undang Islam dari cara serta corak pentadbiran. Seperti yang dipaparkan dalam berita tv3 pada malam hari Isnin (09/08/2010), masih ada lagi berlaku kes pembuangan bayi atau janin. Dan masih lagi tidak kelihatan usaha-usaha untuk mengaplikasikan pemerintahan Islam sepenuhnya ke dalam "buku undang-undang negara. Sebaliknya menggunakan syarikat milik "luar" untuk merangka imej baru negara.
Masyarakat semakin hari semakin dicengkam dengan pelbagai masalah yang didahulukan kepada rakyat. Kos makanan harian makin meningkat, gas memasak meningkat, kos pengangkutan awam meningkat dan masalah sosial juga meningkat.
Jika makin lama dibiarkan negara tanpa undang-undang Islam sepenuhnya, masyarakat makin "sakit". Usaha-usaha perlu dilaksanakan dengan serius bagi menyediakan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar Islam, tiada had, tiada hari. Para ulama dan ustaz - ustazah yang benar-benar membawa Islam tanpa mengikut kepentingan peribadi serta politik, perlu diberi ruang dalam merangka dasar pemerintahan negara. Bukannya menggunakan mereka hanya untuk tujuan kempen meraih undi.
~Membantah kemasukkan pengaruh luar ke dalam negara |