Arwahyarham Din Beramboi 1 - Dalam kenangan

Keadaan arwah ketika sedang nazak. Hingga ke hari ini saya mengharapkan ini adalah cuma mimpi, namun takdir penentu segala...


Assalamualaikum...

Selepas menonton siaran Astro 105, rancangan "Di sebalik Din Beramboi @ Meor Ahmad Fuad", saya lebih mengetahui mengenai sejarah dan sifat - sikap Allahyarham Din Beramboi yang sebelum ini tidak diketahui oleh kita.

Saya mengenali dan mengetahui kewujudan "Din Beramboi" sejak sekolah rendah melalui Majalah Ujang. Dan apabila menjadi DJ Radio di THR, saya amat meminati segment pagi di hari Ahad yang dikendalikan oleh beliau.  Allahyarham tidak mengambil masa yang lama untuk diterima pendengar kerana "watak" beliau sudah dikenali di Majalah Ujang serta pengisian lawaknya yang segar.

Namun Allah S.W.T mengambil nyawanya di kala beliau sedang meniti puncak kerjaya. Pada saya, biarlah Allahyarham pergi "bertemu" Ilahi semasa lawaknya masih diterima ramai, daripada pergi di kala orang membenci.  Namun walauapapun saya tetap dan akan terus meminati lawaknya selamanya..

Seperti yang pernah disiarkan dalam beberapa surat khabar serta dalam rancangan Astro 105 tersebut (malam tadi,11/08/2010), jenama "Din Beramboi" telah didaftarkan sebagai tanda niaga yang dimiliki oleh Allahyarham Meor Ahmad Fuad, yang kini diwakili oleh isteri arwah.  Namun ada blogger atau pengendali laman web yang menggunakan nama / jenama "Din Beramboi" sebagai identiti pengendali tersebut.  Apakah niatnya itu? Adakah untuk mendapat rank yg tinggi di internet?. Bagi saya, "Din Beramboi" hanya ada satu iaitu "Allahyarham Meor Ahmad Fuad" sahaja.

~p/s : Maksud "Beramboi" sebenarnya ada kaitan dengan sifat arwah yang "happy go lucky", periang serta gila-gila...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan