Assalamualaikum...
Masih ingat lagu-lagu zaman kanak-kanak anda? Lagu-lagu seperti "enjit-enjit semut", "rasa sayang", "Anak itik Tok Wie", "Bangau oh bangau", "Assalamualaikum" dan "Malam yang Sepi". Entah siapalah yang menjadi "pencipta" lagu-lagu berkenaan. Agaknya mereka itu terdiri dari "kanak-kanak" nakal @ hyper aktif + kreatif.
Saya masih ingat lirik lagu yang diubah suai menjadi lagu versi lawak iaitu lirik dari lagu "Segalanya ku terima - Illusi". Liriknya begini :
"Aku yang kehilangan,
Kaki dan juga tangan,
Terlibat dalam kemalangan,
Ku pergi ke hospital,
Ku minta ubat gatal,
Ku balik naik kereta kebal..."
Dan lirik lagu yang diubah dari lagu "Aduhai Seribu Kali Sayang - Iklim" :
"Seribu kali satu,
Cikgu menyoal aku,
Aku jawab tak tahu,
Cikgu tempeleng aku,
Aku jatuh ke simen,
Aku jadi ultraman,
Aku pergi ke planet,
Aku jumpa minah senget..."
**p/s (untuk pengetahuan semua, minah senget itu ialah satu watak atau gelaran yang menjadi fenomena yang berpunca drama bersiri di TV1 suatu ketika dahulu dalam tahun 1990-an, lakonan Salleh Yaakob,Aby Yus, Jasmin Hamid dan lain-lain... minah senget tu Jasmin Hamid la pelakonnya yang membawakan watak "Minah" tu)
**artikel ini diterbitkan akibat dari "terangsang" setelah membaca artikel dari "Kotak Bulat"