Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Video ucapan syahadah remaja berbangsa Philippines di Program Grand Finale Dr Zakir Naik


Di bawah adalah video yang merakamkan seorang remaja berumur 19 tahun, bernama Nina Grace berbangsa Philippines telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman beberapa hari yang lepas.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, Offshore Engineering Ranaco. Sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah, 3 kul dan Kursi sejak berumur 13 tahun.





*Sumber dari PAS Putrajaya

Peniaga / pembantu jualan Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah memenuhi surau hanya untuk tidur



Pada tahun 2015 ini, masih dianjurkan Bazar Ramadhan di Jalan Hang Tuah, Melaka.  Setelah beberapa isu timbul sebelum ini, dilihat bazar ini masih lagi mendapat sambuatan dari kalangan peniaga. Namun jumlahnya tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.

Pada kali ini peniaga dari kalangan warga Kemboja dikatakan oleh sesetengah pihak mendominasi jumlah khemah di Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah. Sama ada mereka itu peniaga mahupun pembantu jualan.

Mereka ini kebiasaannya membuka khemah jualan pada lewat petang. Pada waktu pagi hingga petang, mereka kelihatan tidur bergelimpangan di dalam surau Plaza Usahawan (MARA) dan ada juga sebilangan di Arked Jalan Hang Tuah.  Mereka tidur dalam jangkamasa yang lama sehingga mengganggu pengunjung surau yang lain untuk menunaikn solat.

Mereka menggunakan semua sejadah sebagai alas tidur. Ada juga dikalangan mereka yang tidak berpuasa (yang dipercayai beragama Islam). Apabila ditegur oleh sesetengah pihak, ada kalangan mereka yang berkasar.


sebahagian kecil yang dipercayai warga Kemboja tidur di surau bangunan MARA

Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia



Saya sedekahkan pahala bacaan surah Al Fatihah untuk Tuan Guru Nik Aziz yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada 9.40mlm tadi...

Saya tidak dapat bersua berhadapan dengannya tetapi atas izin Allah, saya dapat bertemu dengan Tuan Guru dalam mimpi dalam tahun lalu...

Pada Hadith Riwayat Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074 :

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” 



Suasana ketika jenazah Tuan Guru Nik Aziz sampai ke rumah beliau

Solat jenazah Tuan Guru akan didirikan pada jam 10.00 pagi esok (Jumaat), 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali...Allah swt lebih menyayangi mu.... Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia, khususnya di negeri Kelantan Darul Naim.
 



Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Dato' Haji Hasbullah Awang meninggal dunia


Dato' Haji Hasbullah Awang iaitu pengulas sukan tersohor di Malaysia yang mengalami komplikasi jantung diberitakan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, beberapa jam tadi (12 Februari 2015).

Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Astro. Beliau kini bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmad sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. 

Populariti arwah memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. 
 

Proton Iswara mampu meredah banjir

 

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

Walaupun pelbagai kritikan terhadap kereta keluaran PROTON,  kualiti sesetengah model sebenarnya berada dalam prestasi terbaik setanding kereta jenama dari luar negara dan keupayaannya diluar jangka.  Video di bawah ini menunjukkan sebuah teksi dari jenis kereta Proton Iswara yang mempu meredah banjir yang berlaku di Pahang (seperti yang dimaklumkan dari sumber di internet).


Kisah Indra Putra dijadikan contoh oleh Pendakwah Indonesia


Dikhabarkan seorang pendakwah dari Jakarta, Indonesia yang menggunakan nama "Fachriy Aboe Syazwiena", telah mengambil kisah yang baru-baru ini yang terjadi kepada pemain bola sepak kebangsaan di Malaysia yang segera mengubah fesyen rambutnya setelah ditegur oleh segelintir pemerhati bola sepak Malaysia.

Berikut adalah hasil nukilan pendakwah berkenaan di laman sosialnya :

Namanya Indra Putra, salah satu pemain timnas Malaysia. Setelah dinasehati karena memotong rambut dgn model Qoza', dia pun segera menggundulkan kepalanya. Kabarnya, dia adalah pemain yang menutup aurat (paha -ed).

Di fanspagenya, Indra mengutarakan:

"Pada yg bg nasihat n teguran kat potongan rambut sy,terima kasih banyak2..maaf pada sapa2 yg kurang senang dgan gaya rambut tersebut,sy terima teguran dngan hati terbuka,insyaallah lain masa sy akan lebih berhati2 dalam memilih fashion rambut..excited final...jom!!kita teruskan menyokong pasukan harimau malaya..demi maruah,demi malaysia!!harimau malaya bolehh!! -1nd23-."

Hebat ya Malaysia, sekelas pemain bola begitu mudah menerima kebaikan dan nasehat walaupun "hanya" tentang rambut. Nah, bagaimana dgn pemain Indonesia?



Belia China lawat Masjid Kampung Hulu


Pada 8 November 2014 (Isnin), satu lawatan persatuan belia dari negara China telah berkunjung ke Masjid Kampung Hulu, Melaka.  Ia adalah sebagai timbal balik lawatan belia dari Malaysia ke negara "tembok besar" itu sebelum ini.  Mereka dalam rangka lawatan ke beberapa buah negeri dan Melaka adalah salah satu dari destinasi lawatan mereka.

Kunjungan mereka telah disambut oleh jawatankuasa Masjid Kampung Hulu, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (cawangan Negeri Sembilan).

Mereka diberikan taklimat ringkas mengenai Masjid Kampung Hulu dengan bantuan penterjemah ke dalam Bahasa Cina. 

Seramai 120 orang belia China terlibat dalam rombongan ini dan ada antara mereka yang bukan beragama Islam.  Setelah mereka meninjau-ninjau kawasan sekitar masjid dan bergambar, mereka kemudiannya menjamah makanan dan minuman yang disediakan, sebelum berangkat ke destinasi lain.

 


*Kebetulan saya masih ada di masjid berkenaan selepas solat zohor semasa rombongan dari China ini sampai, maka saya secara tidak langsung jadi wartawan media bagi pihak Masjid Kampung Hulu.



Rakaman TERBARU sejurus MH17 kemalangan


Dari rakaman telefon mudah alih terkini yang diterbitkan di internet pada 16 November 2014, dikatakan menunjukkan bangkai pesawat penumpang Malaysia Airlines yang jatuh ditembak pada 17 Julai 2014, terbakar di sebuah ladang di kampung Hrabove, Ukraine dengan gumpalan besar asap yang mengepul kehitaman dari lokasi kejadian.

Kelihatan dalam rakaman berkenaan penduduk kampung berpusu-pusu datang untuk melihat kawasan kemalangan berkenaan.


Semoga Tuhan menunjukkan kebesaran dan keadilannya terhadap pihak yang bersalah menembak jatuh pesawat penumpang ini 
(May God shows the greatness and justice for the guilty party who's shoot down this passenger planes)

Kalendar Malaysia tahun 2015

 

Di atas adalah kalendar tahun 2015 untuk rujukkan dan perancangan awal sebelum tiba tahun baru nanti.  

Berikut  di bawah, saya konsgikan info menarik berkaitan dengan kalendar :

  • Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.
  • Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun ia tidak lagi tepat seperti dialami sekarang. Contohnya, Ramadan yang berasal daripada al-Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.

    Muharam pula dinamakan demikian kerana salah satu bulan yang diharamkan berperang. Manakala Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam.

    Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama itu diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan. Sehubungan itu, ia termasuk di dalam salah satu bulan haram.

    Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang selepas duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (mengangkat).

    Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji). 

Iktibar : Terlanjur semasa berada di rumah jiran

 

Semestinya hari raya Aidilfitri menjadi peluang kepada kita untuk lebih mengeratkan lagi persefahaman dan hubungan mesra antara keluarga dan jirang tetangga. Juga sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan kerana kebiasaannya kita akan dapat berjumpa sahabat handai yang telah merantau jauh dari kampung asal.

Menziarahi kaum keluarga dan jiran di hari raya sangat meriah dan menjadi nostalgia di hari raya.  Dah terlanjur berada di rumah jiran, maka berkenal-kenalanlah dengan anggota keluarga mereka.  Manalah tahu ada antara mereka yang dapat membantu kita dalam urusan seharian, terutamanya bagi mereka yang mencari rezeki dengan berniaga.  Pastinya memerlukan kenalan yang ramai untuk meluaskan pengiklanan perniagaan anda. 

Maksud saya tidak semestinya kita memberikan helaian iklan kepada mereka tetapi lebih kepada "promosi hebahan mulut". Maknanya mereka tahu apa yang sedang kita buat dan apa perkhidmatan yang kita sediakan.  "Stanby" kad bisnes anda semasa pergi beraya di rumah jiran atau saudara mara. 

Saat yang terbaik untuk memberikan kad bisnes anda itu ialah semasa sesiapa bertanyakan soalan "kau buat apa sekarang?" atau "kau kerja apa sekarang?". Namun jika tiada yang bertanya, maka anda berikanlah kad bisnes anda semasa anda dah nak balik, kepada individu yang dirasakan berpotensi menjadi pelanggan anda.




Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan penggantinya Datuk Abdul Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru, pada malam 12 Mei 2014.

The Star Online melaporkan kenyataan Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah menerima surat peletakannya jawatan Ahmad Said hari ini (12 Mei 2014).


Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman telah hadir ke upacara mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam, 12 Mei 2014 di Istana Syarqiyyah.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari  Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.


Sumber : BERNAMA

Keputusan Rasmi PRK Kajang



Keputusan jumlah undi yang diterima antara wakil dari Parti Keadilan Rakyat dan barisan nasional ialah :

Datin Paduka Chew Mei Fun (BN) - 11,362

Dari Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) - 16,741

MAJORITI - 5,379

Undi Rosak - 176

Peratusan Keluar mengundi - 72.1% (2014)

Peratusan Keluar mengundi - 88% (2013)


Mungkin disebabkan kekalahan ini, PM Najib Razak, yang dijadual bertemu penyokong BN di Kajang, telah membatalkan rancangannya di saat-saat akhir.  

Undian dari kaum Melayu kepada barisan nasional telah merosot.  Antara faktor penyumbang kepada kemenangan Parti Keadilan Rakyat ialah undi dari kalangan belia meningkat, kemudahan penerimaan maklumat alternatif seperti melalui internet telah dapat menyalurkan maklumat terkini dan seimbang untuk rakyat setempat menilainya.

Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, wakil PKR, Lim Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 undi. Yang keluar mengundi adalah 88%.  Kedua-dua wakil PKR dan BN telah meningkat peratusan undi.


PKR
2013 -  19,571 / 33,749 = 57.99%*
2014 - 16,770 / 28,171 = 59.53%

Peningkatan sebanyak 1.54%


BN

2013 - 12,747 / 33,749 = 37.77%*
2014 - 11,401 / 28,171 = 40.47%

Peningkatan sebanyak 2.7%


Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjamu selera dengan makan Sate Kajang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum DSAI dipenjarakan semula. Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi keluarga Datin dan Datuk Seri...


Ulasan keputusan PRK DUN Kajang oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli :



Gunung Kelud meletus, debu meliputi Yogyakarta & Surabaya


Letusan Gunung Kelud, Kediri , Jawa Timur , menimbulkan hujan debu beserta batu . Hujan abu gunung berapi, kesannya juga dirasakan warga Yogyakarta dan Surabaya yang berjarak ratusan kilometer dari Kediri.

Di dalam bandar Kediri debu gunung berapi dan batu menutupi aspal sampai ketebalan 10 sentimeter . Seperti yang dikicaukan oleh @ bentangwaktu , badan Jalan Raya Plosoklaten - Wates menjadi lautan abu gunung berapi ketebalan 5 hingga 10 sentimeter.

Dalam lini masa @ infoKEDIRI , terpantau hujan debu gunung berapi kesan dari erupsi Gunung Kelud menyambangi Yogyakarta , Wonogiri , Sidoarjo , Jawa Tengah . Selain menghampiri wilayah Jawa Tengah , debu gunung berapi ini turut sampai hingga Batu , Malang , Surabaya .

 

Hujan debu gunung berapi sudah mulai reda sejak pukul 03.30 WIB khususnya di Kasembon , Malang . Hal yang sama juga berlaku di Kediri , hujan abu gunung berapi mula berkurang . Namun kini ketebalan pasir abu di Kediri merata hingga 15 sentimeter , untuk warga sekitar dijangka menggunakan topeng .

Jika mempunyai bayi dan kanak-kanak, pastikan mereka memakai topeng. Sekiranya tidak ada topeng gunakan kain rangkap yang telah dibasahi terlebih dahulu . Selain dihujani debu gunung berapi , kini bau belerang pun dengan mudah dihidu .


Masyarakat diketahui telah menjadi pelarian sejak jam 18.00 secara peribadi , dan digalakkan terus agar tidak panik dan tertib , diharapkan tetap berada di dalam bilik . Sudah sejak dua minggu terakhir , warga sudah mulai mengemas barangan dan dokumen penting . Warga dari desa Wates , mengungsi hingga sejauh 27 kilometer.

*Sumber dari Metrotvnews

Dasar binatang : diperkosa dan dirakam aksi


Tak perlu saya menaip banyak-banyak... Anda tontonlah video di bawah yang dirakam secara spontan oleh seorang pemuda sambil diperhatikan oleh rakanya :


Baki Flat Pekeliling dirobohkan


Baki Flat Tunku Abdul Rahman yang lebih dikenali Flat Pekeliling di Jalan Pekeliling, berhampiran dengan stesyen LRT dan Monorel Titiwangsa, mula dirobohkan oleh pihak pemaju Asie Sendirian Berhad, bermula pada 22 Januari 2014.

Kerja meroboh lima blok flat itu dilakukan pada jam 12.35 tengahari selepas jengkaut seberat 11 tan diangkat ke tingkat 17 blok A menggunakan kren seberat 300 tan. Kerja itu dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2015.

Bagi projek perobohan itu Asie Sendirian Berhad melantik Syarikat Chang Chern Denolation Specialist selepas mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Oktober lalu.  Pegawai Keselamatan Pekerjaan Chang Chern Demolation Specialist, Dr C Sivakumar berkata, tempoh untuk merobohkan setiap blok flat itu mengambil masa kira-kira empat bulan. Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, proses perobohan akan dilakukan secara berkala.  

Flat Pekeliling dibina pada tahun 1967 di bawah Rancangan Malaysia Pertama, bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.  


Perobohan fasa pertama telah dilakukan pada tahun 2006. Berhampiran dengan flat ini selain dari masjid dan tokong, ialah Pekeliling Business Centre, yang pernah menempatkan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur, yang telah diserapkan ke dalam UNITAR Kelana Jaya pada tahun 2005.


*sumber :
-Harian Metro
-TV3
-Pengalaman penulis
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, proses perobohan akan dilakukan secara berkala.

Kerja perobohan bermula kira-kira jam 12.35 tengah hari tadi dengan kren mengangkat jengkaut seberat 11 tan dibawa ke tingkat 7, blok A.

Flat Pekeliling dibina pada tahun 1967 di bawah Rancangan Malaysia Pertama, bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.

Perobohan fasa pertama dilakukan pada tahun 2006. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Baki_Blok_Flat_Pekeliling_Dirobohkan.html#sthash.BmlSpmSS.dpuf
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, proses perobohan akan dilakukan secara berkala.

Kerja perobohan bermula kira-kira jam 12.35 tengah hari tadi dengan kren mengangkat jengkaut seberat 11 tan dibawa ke tingkat 7, blok A.

Flat Pekeliling dibina pada tahun 1967 di bawah Rancangan Malaysia Pertama, bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.

Perobohan fasa pertama dilakukan pada tahun 2006. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Baki_Blok_Flat_Pekeliling_Dirobohkan.html#sthash.BmlSpmSS.dpuf

Video jumpa toyol dalam Pencetus Ummah 2013

 
Apa benar peserta rancangan Pencetus Ummah diganggu oleh makhluk halus yang berupa toyol?. Bagi yang belum mengetahui akan cerita ini dan belum menyaksikan videonya, silalah menonton video di bawah untuk mendapatkan pengesahan dan kebenarannya :


Untungnya berniaga semasa Perhimpunan Aman "TURUN"


Kehadiran hampir 50 ribu rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka. Himpunan Turun juga diakhiri dengan lagu "Negaraku" sebaik saja menjelang tahun 2014, sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan Negara, sekaligus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Banyak fitnah yang direka dan dilontarkan kepada rakyat sah Malaysia yang datang berhimpun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru yang lalu.  Antara cerita yang ditomahkan ialah ia merupakan himpunan gulingkan kerajaan, ada bahan-bahan bahaya yang disyaki dibawa oleh peserta perhimpunan, keganasan berlaku, peserta perhimpunan meraba-raba perempuan, peserta perhimpunan membaling objek ke pentas hiburan yang kosnya dikatakan sebanyak 15 juta ringgit dan lain-lain lagi yang tidak ketahuan tuduhannya.

Ada juga yang mengatakan bahawa kononnya peniaga takut untuk berniaga kerana kuatir barang yang diniagakan akan rosak akibat rusuhan yang akan dilakukan oleh peserta perhimpunan.  Sedangkan yang datang itu adalah berhimpun untuk membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan bantahan itu pula adalah secara aman dengan membawa sepanduk dan kertas yang tertulis luahan perasaan rakyat negara jiwa merdeka yang semakin lama semakin dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi.


 

 
Untungnya sesiapa yang berniaga pada malam itu dan tidak terpengaruh dengan tuduhan yang berniat jahat terhadap peserta perhimpunan

 
Luahan perasaan rakyat biasa

Dikhabarkan ramai juga warga negara asing yang berkunjung ke "pesta hiburan" yang dianjurkan namun mengapa tidak diambil peluang berkenaan untuk memeriksa dokumen pengenalan diri mereka.  Manalah tahu kalau-kalau ada yang tidak sah dan palsu.

Seperti yang diujarkan oleh Presaiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), “Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata,”. Tambahnya, tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.

“Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam,” katanya.

Beliau menambah, dalam keadaan negara yang menangung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, adakah "rakyat yang lain" tidak nampak perkara ini.

“Adakah itu tidak zalim? Peruntukan untuk konsert di dataran merdeka sebanyak 15 juta, adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?"

 
Konsep mereka ialah "duduk bantah", tiada sebarang rusuhan atau keganasa. Yang ada hanyalah provokasi pihak luar yang menyamar

Permintaan dari rakyat yang sekian lama memerhati perkembangan terkini negara

Ekonomi merundum atas sebab keborosan berbelanja sumber ekonomi negara


**Komen :

-rasuah, ketirisan ekonomi, ketamakkan, kepentingan golongan tertentu sahaja yang dijaga, ketidakcekapan pengurusan aset serta sumber alam negara adalah penyebab utama negara muflis dan jatuh kepada tahap inflasi. 

-subsuidi kepada kos bahan mentah dan makanan serta perkhidmatan untuk rakyat bukan penyebab negara jadi miskin atau bankrup.

-kawalan cukai dan perbelanjaan negara yang efisyen iaitu berbelanja berdasarkan keperluan bukan kehendak adalah langkah paling berkesan untuk kawalan prestasi ekonomi negara.

-Singapura merupakan negara asalan Malaysia namun mereka menjadi negara ke tiga paling kaya di dunia sejak tahun 2012 dan 2013. Di mana kedudukan Malaysia yang kaya dengan sumber alam?

Perkara yang DILARANG KERAS semasa himpunan 31 Disember 2013


Perkara yang dilarang keras semasa perhimpunan  31 Disember 2013, di Dataran Merdeka :

  1. Bendera Parti Politik
  2. Ceramah oleh ahli politik
  3. Senjata
  4. Alatan tajam

Manakala perkara yang wajib dibawa dan dipakai semasa perhimpunan berkenaan ialah :

  1. Pakaian hitam
  2. Bendera Malaysia
  3. Semangat membara

GEMPAR : Ribuan ikan mendarat di pantai Jeddah!!!



Jika sebelum ini kita digemparkan dengan sebegitu banyak ikan yang melompat dan "mendarat" di pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah, kali ini terdapat juga video yang telah disebarkan dalam internet, memaparkan fenomena yang sama berlaku di Jeddah, Arab Saudi. Tidak dapat dipastikan tarikh dan sebab kejadian ini berlaku.

Dalam video berkenaan kelihatan pengunjung pantai di Jeddah mengambil kesempatan menangkap ikan-ikan yang seolah-olah "menyerah diri" di pantai berkenaan. Malah burung-burung juga turut mengambil kesempatan memilih  makanan mereka.



Komen :

*segala yang berlaku adalah telah dinyatakan sebagai kententuan Allah SWT. Ada hikmah disebaliknya. Ia mengingatkan manusia agar bersyukur dengan rezeki dan kehidupan yang telah Allah SWT berikan dan tidak melakukan kerosakkan dan kemungkaran di bumi.

Hakim yang berhati mulia di Indonesia


KISAH BENAR tentang seorang nenek mencuri ubi dan hakim yang bijak

Kisah yang sangat menyentuh hati bermula apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah iaitu seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

Sebelum tukul diketuk, nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh dikongsi untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.




**sumber dari negara seberang. Sama ada benar-benar ia benar atau tidak, yang perlu kita ambil ikhtibar adalah kisah dalam penceritaan ini.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan