Semestinya hari raya Aidilfitri menjadi peluang kepada kita untuk lebih mengeratkan lagi persefahaman dan hubungan mesra antara keluarga dan jirang tetangga. Juga sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan kerana kebiasaannya kita akan dapat berjumpa sahabat handai yang telah merantau jauh dari kampung asal.
Menziarahi kaum keluarga dan jiran di hari raya sangat meriah dan menjadi nostalgia di hari raya. Dah terlanjur berada di rumah jiran, maka berkenal-kenalanlah dengan anggota keluarga mereka. Manalah tahu ada antara mereka yang dapat membantu kita dalam urusan seharian, terutamanya bagi mereka yang mencari rezeki dengan berniaga. Pastinya memerlukan kenalan yang ramai untuk meluaskan pengiklanan perniagaan anda.
Maksud saya tidak semestinya kita memberikan helaian iklan kepada mereka tetapi lebih kepada "promosi hebahan mulut". Maknanya mereka tahu apa yang sedang kita buat dan apa perkhidmatan yang kita sediakan. "Stanby" kad bisnes anda semasa pergi beraya di rumah jiran atau saudara mara.
Saat yang terbaik untuk memberikan kad bisnes anda itu ialah semasa sesiapa bertanyakan soalan "kau buat apa sekarang?" atau "kau kerja apa sekarang?". Namun jika tiada yang bertanya, maka anda berikanlah kad bisnes anda semasa anda dah nak balik, kepada individu yang dirasakan berpotensi menjadi pelanggan anda.