Secara peribadi, pandangan saya terhadap iklan raya Aidilfitri tahun 2014 ini lebih tenang dan menyenangkan. Mungkin kerana pengarah video raya pada kali ini adalah dari kalangan mereka yang beragama Islam dan peka terhadap budaya Islam dan Melayu di Malaysia.
Pada perkiraan saya, ada tiga iklan raya yang benar-benar menarik perhatian saya dari segi pengisian dan jalan cerita, susun atur babak ke babak yang baik dan bersih serta tahap kekreatifannya. Iklan itu adalah dari Nissan, RTM dan Petronas.
Tetapi bukan bermakna iklan yang lain tidak bagus, cuma saya lebih gemar pada tiga iklan ini, ibarat jatuh cinta pada pandangan pertama. Berikut adalah video berkenaan yang saya susun mengikut turutan nombor satu, dua dan tiga terbaik :
Nombor 1 di carta hati : Nissan - Atuk
Nombor 2 di carta hati : RTM - Ini Baru Raya
Nombor 3 di carta hati : Petronas - Ke Pangkuan Bonda
*Tambahan video pilihan :
Nombor 4 di carta hati : KFC - Mengeratkan Hubungan keluarga di Syawal