Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai,Sama Species) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual".
Menurut Laporan Negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon, Pensyarah Kriminologi dan Sosiologi di Universiti Utara Malaysia, yang tertonjol sebagai pakar tersohor dalam isu ini, mak nyah, yang secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, adalah lelaki Mukhannas yang mahukan jantina yang lain dari jantina yang mereka lahir. Ini berbeza dengan kaum Khunsa yang pada dasarnya bermaksud mereka yang dwi jantina.
Golongan seperti ini dilihat banyak menceburkan diri dalam bidang perniagaan kecantikan dan kesihatan seperti andaman, spa dan saloon. Namun ada juga sebilangan pondan yang menyertai bidang masakan. Ada yang tidak kisah mengenainya, namun ada juga yang agak keberatan untuk memakan atau merasai hasil yang disediakan oleh pondan.
Sila tonton video di bawah untuk lebih jelas mengenai isu ini :