Mengikut pengalaman saya sendiri sebagai usahawan (kecil-kecil je), bangsa kita bukan sahaja nak menghadap dugaan atau serangan dari peniaga bangsa asing seperti cina atau india, tetapi masalah dalaman bangsa sendiri juga lebih bahaya dan besar.
Peniaga Cina dalam keadaan tertentu lebih bersifat terbuka dalam berurus niaga. Pendek kata bukan semua peniaga Cina jahat tetapi memang ada peniaga / usahawan Melayu yang berhasad dengki.
Dalam tahun pertama saya berniaga, sudah ada orang yang meletakkan kemenyan dalam kedai saya. Itu belum kira dugaan lain seperti mengenakan ilmu pelemah semangat dan gangguan perasaan. Orang melayu ni banyak ilmunya tapi sayang menuntut ilmu yang salah. Sejak dari awal hingga kini saya masih cuba untuk mempromosikan cara berniaga yang telus dan ikhlas tanpa perlu merosakkan perniagaan orang lain.
Mohon maaf saya beritahu ini.... peniaga Melayu kalau sesama bangsa sangat berani berdengki dan mengganggu perniagaan sesama bangsa seagama.., tapi bila berhadapan dengan Cina, siap bodek-bodek, malah ada juga peniaga atau usahawan Melayu yang sama-sama minum arak dan berjudi dengan peniaga Cina kafir.
Ini sangat mengecewakan saya. Setelah banyak agensi kerajaan mengadakan berpuluh atau mungkin beratus seminar keusahawanan dalam setahun tetapi segala ilmu yang baik gagal dimanfaatkan oleh usahawan Melayu sendiri. Balik-balik dengki, dengki dan dengki.
Pegawai kerajaan dalam pelbagai agensi pun sama juga perangai. Kalau tokey Cina datang, sangat mudah urusan mereka. Kalau peniaga dan usahawan Melayu datang, macam-macam syarat dan kesalahan yang ada. Contohnya paling ketara, sudah berapa banyak pendedahan cerita di media massa mengenai kilang haram puluhan tahun beroperasi dengan menyediakan makanan untuk pasaran dalam negara yang rata-ratanya dimakan oleh orang Melayu sendiri.
Rakan-rakan usahawan saya yang lain ada juga mengalami masalah karenah birokrasi. Tak ada kenal atau tak ada kabel dengan orang-orang besar, jawabnya payahlah urusan. Semoga Allah SWT sentiasa membantu para peniaga Islam yang jujur dan telus.