Peperangan yang terjadi antara Palestin dan Israel akhirnya terseret juga hingga ke padang bola sepak. Perang tak berkesudahan di timur tengah tersebut memberi kesan juga pada dunia sukan.
Pertandingan persahabatan pramusim antara kelab Liga 1, Lille melawan kelab Israel Maccabi Haifa akhirnya harus berakhir rusuh. Laga antara kedua pasukan harus diakhiri lebih cepat atas alasan keselamatan bagi para pemain Maccabi Haifa. Ini kerana para penonton yang pro Palestin masuk ke gelanggang dan menyerang para pemain Haifa. Namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar perlawanan ini diadakan. Melalui rujukan youtube, video yang merakamkan kejadian ini dimuat naik pada 23 Julai 2014.
Perlawanan pramusim antara kedua pasukan ini diadakan di tempat neutral dan jauh dari konflik, iaitu di Austria. Namun rupanya pertandingan ini juga dihadiri oleh pihak anti-Israel yang kebanyakan keturunan Turki. Mereka beramai-ramai membawa bendera Palestin dan Turki dan menjerit-jerit pada pemain Israel semenjak awal perlawanan.

Namun tanpa diduga oleh pegawai keselamatan (yang jumlahnya yang sedikit), pada minit ke-84, penonton pro Palestin tiba-tiba memasuki padang. Dan tidak jelas bagaimana bermulanya, dalam seketika pergaduhan antara pemain dan penonton pun bermula. Tidak ada pihak yang mengalami kecederaan akibat kejadian ini, namun pihak penganjur terus menghentikan perlawanan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Sumber : fokusbet