Aplikasi permesejan "mobile gadget" adalah salah satu saluran perhubungan pilihan (selain dari sms, panggilan suara dan video) kepada para pengguna alat elektronik mudah alih seperti tab yang berkeupayaan telefon serta telefon pintar. Kebanyakkan jenama atau syarikat yang mewujudkan aplikasi ini menawarkan khidmat percuma (dengan terma dan syarat tertentu).
Salah satu aplikasi yang sedang hangat dan terlajak popular pada masa kini ialah WhatsApp. Di dalam WhatsApp, selain daripada "chat" individu, ia turut menawarkan chat berkumpulan. Ini bermakna sesiapa yang menyertai atau berdaftar dengan kumpulan chat tertentu di dalam WhatsApp akan menerima sebarang kemaskini dari semasa ke semasa.
Anda akan mengetahui adanya cerita dan perkembangan terkini kumpulan tertentu di dalam WhatsApp dengan adanya bunyi tertentu pada peralatan anda. Ini ada ketikanya menggangu tumpuan dan emosi anda jika anda menyertai kumpulan yang cergas berborak. Malah lebih malang lagi jika tab atau telefon anda tidak dapat menampung keperluan memori atau kelajuan proses pada ketika itu, menyebabkan tab atau telefon menjadi "hang" (tergantung / terhenti).
Jika anda tidak mahu lagi mengambil bahagian dalam chat berkumpulan pada Whatsapp, anda boleh keluar dengan mudah dari kumpulan berkenaan dengan melakukan seperti berikut:
1. Aktifkan aplikasi "Whatsapp"
2. Pada senarai berbual (chat), ketik (klik) sekali secara berterusan dalam jangka masa beberapa saat pada nama kumpulan yang anda ingin meninggalkannya.
3. Ketik "Delete and exit Group" untuk meninggalkan kumpulan chat.