Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Kerja Kosong : pembantu pejabat di Suara Keadilan


KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2014 :  Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memerlukan seorang pembantu pejabat merangkap penghantar barang (despatch) seberapa segera.

Kelayakan minimum adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta boleh menggunakan Microsoft Office. Selain itu, perlu bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Kepada yang berminat boleh email resume kepada :  manez99@yahoo.com atau hubungi 03 9221 1045 bercakap dengan Puan Linda untuk sesi temuduga.

3 video iklan raya tersedap menyantau semangat

 
Secara peribadi, pandangan saya terhadap iklan raya Aidilfitri tahun 2014 ini lebih tenang dan menyenangkan.  Mungkin kerana pengarah video raya pada kali ini adalah dari kalangan mereka yang beragama Islam dan peka terhadap budaya Islam dan Melayu di Malaysia.

Pada perkiraan saya, ada tiga iklan raya yang benar-benar menarik perhatian saya dari segi pengisian dan jalan cerita, susun atur babak ke babak yang baik dan bersih serta tahap kekreatifannya. Iklan itu adalah dari Nissan, RTM dan Petronas. 

Tetapi bukan bermakna iklan yang lain tidak bagus, cuma saya lebih gemar pada tiga iklan ini, ibarat jatuh cinta pada pandangan pertama. Berikut adalah video berkenaan yang saya susun mengikut turutan nombor satu, dua dan tiga terbaik :


Nombor 1 di carta hati : Nissan - Atuk



Nombor 2 di carta hati : RTM - Ini Baru Raya

 


Nombor 3 di carta hati : Petronas - Ke Pangkuan Bonda



*Tambahan video pilihan : 

Nombor 4 di carta hati : KFC - Mengeratkan Hubungan keluarga di Syawal






Promosi kotak berak di Giant?

 

Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Oleh sebab reputasinya bertumbuh, begitu juga dengan perniagaannya.

Dairy Farm International Holdings yang membeli Giant pada tahun 1999, mengakui bahawa kunci kejayaan Giant sekian lama merupakan kebolehannya untuk terus menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga. Ia mengekalkan prinsip teras ini sungguhpun ketika mengubah wajah Giant menjadi jenama kebangsaan dan antarabangsa.

Seperti pasaraya besar yang lain, Giant juga sering membuat promosi jualan barangan yang terdapat di dalam pasaraya mereka. Namun salah satu promosi yang dibuat pada bulan Mac 2014 yang lalu mengundang persoalan dan ada juga yang memandang sinis dengan promosi mereka itu.

Kenapa ye?. Ingin tahu jawapannya, sila renung gambar di atas.  Jawapannya ada pada gambar tersebut.






Iklan kreatif : Lemon Lemon Lemon

 

Salah satu fungsi iklan atau pengiklanan adalah sebagai pemberitahuan mengenai adanya sesuatu produk jenama tertentu kepada masyarakat yang disasarkan di dalam sesuatu negara dan tempat. Ia "mendidik" bakal pelanggan tentang pelbagai ciri dan manfaat jenama keluaran mereka, dengan harapan agar peratusan bakal pelanggan itu akan membeli barangan itu meningkat.
 
Berikut adalah salah satu contoh video iklan kreatif minuman berperisa Lemon.  Ia sangat tepat untuk menggambarkan betapa jenama mereka sangat sesuai dan dapat menghilangkan dahaga orang yang meminumnya. 





Selain itu pihak syarikat pengeluar juga memasukkan unsur-unsur kelakar bagi menarik minat penonton melihat iklan mereka dengan lebih lama seterusnya menukarkan penonton menjadi pembeli.

Iklan buah dada zaman Mat Sentul


Pelbagai cara yang digunakan oleh para pengeluar barangan atau perkhidmatan untuk mengiklankan produk mereka. Ada yang kelihatan sangat kreatif, malah ada yang dirasakan sangat membosankan.  Namun terdapat sesetengah para pengiklan menggunakan cara pengiklanan yang agak keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia.

Contohnya ada iklan di dalam surat khabar tempatan yang mempromosikan 'minuman tenaga' untuk lelaki dan ada tiga gambar perempuan dengan mata yang 'membulat' dan muka kelihatan sangat gatal dan miang. Model yang digunakan pula adalah dari bangsa Melayu.  

Apakah sasaran pengeluar produk berkenaan hanya pada kalangan orang Melayu sahaja? Adakah orang Melayu ini sentiasa berfikir soal tenaga batin dan kepuasan seks semata-mata?.  Iklan seperti di dalam akhbar berkenaan sangat mengjengkelkan.  Begitu juga iklan dalam majalah-majalah.

Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsikan sebahagian babak dalam filem arahan Mat Sentul atau nama sebenarnya Mat Raship bin Yahya merupakan salah seorang pelakon di Cathay Keris Productions, Singapura. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.



**p/s :
-agak-agaknya idea macam ni, lepas tak untuk siaran televisyen di Malaysia?
-tongkat ali, kacip fatimah dan pelbagai lagi tumbuhan herba dalam dunia Melayu bukan hanya untuk seks semata.  Ianya lebih untuk kesihatan serta kecergasan fizikal dan mental.

Iklan raya Aidilfitri Petronas 2013



Iklan raya Petronas untuk kali ini adalah menggambarkan kisah kehidupan seorang ibu yang membuat kerja sebagai tukang jahit pakaian, gigih bekerja demi mengumpul wang untuk pengajian anaknya.

Iklan berdurasi 8 minit 45 saat mengisahkan bagaimana seorang ibu yang bekerja sebagai tukang jahit menerima tempahan baju sempena sambutan Hari Raya, bersengkang mata demi mengumpul duit dan dalam masa yang sama tidak mahu menghampakan pelanggannya.
Dengan tema 'Kudrat Membawa Berkat', Petronas turut menyelit elemen perpaduan menerusi paparan semangat kejiranan muhibah antara Makcik Aishah (tukang jahit) dan seorang tauke kedai berbangsa Cina yang membantunya dan menasihati supaya menjaga kesihatan.
Untuk melihat video berkenaan, anda boleh klik ayat berikut untuk menyaksikannya di Youtube : Iklan Raya Petronas 2013, atau menontonnya pada paparan video di bawah ini :


paparan video mungkin lambat atau normal bergantung pada kelajuan pakej jalurlebar, 
trafik internet dan RAM komputer anda


 **p/s : 
- versi siaran televisyen adalah lebih pendek masanya dari versi video penuh
- moga tahun ni punya iklan tema hari raya tak ada yang kontroversi seperti tahun sebelum ini
- kepada pengarah iklan berbangsa apa sahaja, sama ada beragama Islam ataupun kafir, sila buat rujukan kepada pihak berkuasa yang menjaga perihal Islam di Malaysia sebelum membuat iklan yang mungkin akan ada babak sensitif.

Iklan Puma membawa Khairul Fahmi ke bidang lakonan

 

Kita sedia maklum salah seorang penjaga gol bola sepak "terhangat" di negara kita iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) semakin mendapat perhatian dari syarikat terkemuka dalam pelbagai bidang untuk menjawat beliau sebagai model barangan malah ada juga syarikat filem yang mahu mengambil beliau sebagai pelakon.

Apek kini sudah menyertai Safee Sali sebagai ikon bola sepak Malaysia yang berjaya menjadikan bola sepak sebagai landasan mencipta kerjaya yang positif dan membuktikan sukan bola sepak jika diusahakan secara sungguh-sungguh boleh mengumpul kekayaan.

Terbaru di laman web perkongsian video iaitu "Youtube" memaparkan video Apek berlakon iklan yang mempromosikan barangan keluaran Puma. Walaupun nampak janggal, namun ramai yang suka melihatkan aksi Apek di luar lingkungan bola sepak.  Malah ada yang menyatakan dalam iklan tersebut, Apek seperti "Stephen Chow", iaitu seorang pelakon lawak berbangsa Cina dari Hong Kong.

Video iklan tersebut telah dimuat-naik ke dalam Youtube pada 4 Julai 2012 dan mempunyai dua bahagian.

Bahagian 1

Bahagian 2

Sebab apa burger kelihatan lebih sedap dan besar di iklan tv?


Assalamualaikum....

Pengaruh iklan di media massa dalam kehidupan rakyat amat besar dan kuat kesannya.  Kita didedahkan dengan iklan yang berulang-ulang sama ada disedari atau tidak, tidak kurang dari seribu kali sehari.  Dengan sejumlah berkenaan, terlangsungnya barangan atau jenama yang diiklankan akan mempengaruhi minda bawah sedar manusia.  Kesannya sehinggakan kita membeli atau terbeli barangan yang tidak benar-benar perlu.

Saya suka memperkatakan iklan makanan di televisyen, terutamanya burger.  Keenakkan burger tidak dapat dinafikan, apatah lagi ianya disediakan dalam pakej lengkap seperti sayuran, mayonis, sos cili atau sos tomato, kepingan keju dan tomato serta daging. 

Tetapi perasankah anda ada perbezaan antara yang diiklankan dan yang dibeli..? Yang dibeli lebih kecil daripada yang diiklankan di televisyen.  Kenapa dan bagaimana ini boleh berlaku..?  Di bawah ini saya sediakan video yang menjawab persoalan tersebut....


TV Alhijrah - Segalanya bermula di sini

http://www.tvalhijrah.com
Mungkin para pendengar radio terutamanya Sinar.FM telah mengetahui mengenai TV Alhijrah melalui iklan mereka namun masih ada juga yang keliru berkenaan TV Alhijrah kerana iklan mereka agak ringkas dan tidak benar-benar menerangkan fungsi kewujudan mereka, seolah-olah iklan berkenaan mempromosikan barangan jualan sahaja.

Sebenarnya TV AlHijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Buat masa ini hanya beberapa tempat sahaja yang boleh menerima siaran TV Al Hijrah. Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Kuantan CH 22 479.25
Mersing, Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Iklan Leaderboard, Skyscraper & Large Rectangle muncul serentak

 

 
Pernahkah blog anda menghadapi situasi seperti di atas?   Sepanjang masa saya mula mendaftar dan meletakkan iklan dari Nuffnang, iklan pada posisi  Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle pernah muncul serentak dalam blog saya sebanyak 3 kali (seingat saya atau mungkin juga ada masanya saya tak perasan), termasuk semalam.

Walaupun keuntungannya mungkin tidak seberapa kerana blog ini tidak sepopular blog-blog lain yang mana pengunjung blog-blog tersebut ada yang mencecah lebih dari seribu orang pada sesuatu masa, namun saya tetap bersyukur atas apa yang sudah saya perolehi dalam pendapatan terumpuk pada akaun saya dalam Nuffnang.  Bila iklan-iklan ini keluar serentak, nampak cantik pula blog saya seperti menambah aura seri pada blog.  Sebelum ini, pernah iklan yang berlainan keluar serentak pada dua posisi berlainan, tapi kali ini ia muncul serentak pada setiap posisi.  Rasa best pulak nak "update" blog ni..

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan