Iklan raya Aidilfitri Petronas 2013



Iklan raya Petronas untuk kali ini adalah menggambarkan kisah kehidupan seorang ibu yang membuat kerja sebagai tukang jahit pakaian, gigih bekerja demi mengumpul wang untuk pengajian anaknya.

Iklan berdurasi 8 minit 45 saat mengisahkan bagaimana seorang ibu yang bekerja sebagai tukang jahit menerima tempahan baju sempena sambutan Hari Raya, bersengkang mata demi mengumpul duit dan dalam masa yang sama tidak mahu menghampakan pelanggannya.
Dengan tema 'Kudrat Membawa Berkat', Petronas turut menyelit elemen perpaduan menerusi paparan semangat kejiranan muhibah antara Makcik Aishah (tukang jahit) dan seorang tauke kedai berbangsa Cina yang membantunya dan menasihati supaya menjaga kesihatan.
Untuk melihat video berkenaan, anda boleh klik ayat berikut untuk menyaksikannya di Youtube : Iklan Raya Petronas 2013, atau menontonnya pada paparan video di bawah ini :


paparan video mungkin lambat atau normal bergantung pada kelajuan pakej jalurlebar, 
trafik internet dan RAM komputer anda


 **p/s : 
- versi siaran televisyen adalah lebih pendek masanya dari versi video penuh
- moga tahun ni punya iklan tema hari raya tak ada yang kontroversi seperti tahun sebelum ini
- kepada pengarah iklan berbangsa apa sahaja, sama ada beragama Islam ataupun kafir, sila buat rujukan kepada pihak berkuasa yang menjaga perihal Islam di Malaysia sebelum membuat iklan yang mungkin akan ada babak sensitif.

Related Posts:

  • Iklan raya Aidilfitri Petronas 2013 Iklan raya Petronas untuk kali ini adalah menggambarkan kisah kehidupan seorang ibu yang membuat kerja sebagai tukang jahit pakaian, gigih bekerja demi mengumpul wang untuk pengajian anaknya. Iklan berdurasi 8 mini… Read More
  • Sebab apa burger kelihatan lebih sedap dan besar di iklan tv? Assalamualaikum.... Pengaruh iklan di media massa dalam kehidupan rakyat amat besar dan kuat kesannya.  Kita didedahkan dengan iklan yang berulang-ulang sama ada disedari atau tidak, tidak kurang dari seribu kali s… Read More
  • Iklan Puma membawa Khairul Fahmi ke bidang lakonan   Kita sedia maklum salah seorang penjaga gol bola sepak "terhangat" di negara kita iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) semakin mendapat perhatian dari syarikat terkemuka dalam pelbagai bidang untuk menjawat beliau se… Read More
  • Iklan kreatif : Lemon Lemon Lemon   Salah satu fungsi iklan atau pengiklanan adalah sebagai pemberitahuan mengenai adanya sesuatu produk jenama tertentu kepada masyarakat yang disasarkan di dalam sesuatu negara dan tempat. Ia "mendidik" bakal pelangga… Read More
  • TV Alhijrah - Segalanya bermula di sini http://www.tvalhijrah.com Mungkin para pendengar radio terutamanya Sinar.FM telah mengetahui mengenai TV Alhijrah melalui iklan mereka namun masih ada juga yang keliru berkenaan TV Alhijrah kerana iklan mereka agak ringkas … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan