Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum.
Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan
suku kaum, tetapi kini telah mejadi hidangan biasa bagi masyarakat umum di Malaysia. Ada sesetengah makanan itu mengandungi bahan yang boleh menyebabkan peningkatan lemak yang mendadak sekiranya kita tidak mengawal pemakanan.
Setiap kali bulan Ramadhan tiba, pastinya kemeriahan sewaktu berbuka terzahir dengan pelbagai jenis makanan semasa bersahur mahupun berbuka puasa. Namun seharusnya sewaktu inilah kita lebih menjaga kesihatan dengan cara mengawal pengambilan makanan kerana diwaktu bulan puasa ini, nafsu makan akan lebih kuat berbanding dengan hari biasa.
Berikut merupakan antara jenis makanan yang menjadi faktor kepada penyumbang risiko kegemukan atau obesiti :
1. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

2. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5. Burger.
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. anggarkanlah berapa tambahan kalorinya?
6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari & santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kala ada antara kita salah sangka dengan berfikir bahawa roti tidak memberi kesan kegemukan. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori.
Sebagai pilihan, makanlah roti gandum penuh (wholemeal bread) yang berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses "pembersihan" atau "pengurangan nutrien" yang dipanggil "refine" atau "bleach.
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan pengambilannya.

**
- makan untuk sekadar yang diperlukan tubuh
- hindarkan makan lebih dari had agar ia tidak mengganggu anda untuk beramal ibadah di bulan puasa.