Institut
Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) adalah sebuah institusi pendidikan swasta (IPS) yang
berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atas usaha DATO’ DR HJ RUSLY
BIN ABDULLAH atau lebih dikenali sebagai Chef Li. Ia ditubuhkan
untuk menyediakan modul dan kemudahan latihan kepada golongan belia,
ibu tunggal, bekas tentera,bakal pesara dan orang awam yang ingin mendalami
ilmu dan kemahiran di dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
Program dan modul latihan yang disediakan
dipersesuaikan dengan iklim ekonomi semasa negara. Ini bagi
mempastikan apa yang dipelajari oleh para pelatih akan sentiasa
relevan dengan kehendak pasaran kerjaya dan perkembangan ekonomi
negara.
Pengkalan Operasi
ITKAU beroperasi secara tetap di kampus
utamanya yang terletak di Lot 2822, Kg Gesir Tengah 44020 Kuala Kubu
Bharu, Selangor Darul Ehsan. Kampus latihan seluas 7 ekar ini
dilengkapi dengan bangunan kuliah, bengkel, kilang latihan, restoran
latihan, musholla dan pelbagai kemudahan asas bagi menjadikannya
sebuah kampus latihan yang kondusif.
Rasional Penubuhan
Matlamat utama penubuhan ITKAU adalah untuk
memberikan perspektif yang betul tentang bidang kulinari kepada
orang-orang Melayu secara khususnya dan kepada rakyat Malaysia secara
amnya.
Buat kesekian waktunya, bidang kulinari
dianggap bidang sub-standard yang remeh yang tidak menjanjikan sebarang
potensi masadepan yang cemerlang kepada sesiapa yang ingin
menceburinya atau menekuninya.
Sebab itulah agaknya, setelah 53 tahun
merdeka masih tidak ada satu jawatan pun yang diperuntukkan khusus untuk
lulusan bidang kulinari di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Jawatan tertinggi dalam SPA berkaitan kulinari ialah Amah dan
Tukang-masak. Padahal UiTM telah mengeluarkan ribuan graduan bidang Seni
Kulinari sejak 40 tahun lalu.
Terjadinya situasi sedemikian antara lain
berpunca dari kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan tentang bidang
kulinari. Mereka gagal memahaminya dari perspektif yang betul.
Orientasi Khas
ITKAU adalah perintis bagi kursus masakan
untuk bisnes. Bagaimana memasak yang menguntungkan dari perpektif
perniagaan. ITKAU memperkenalkan prinsip 3C (Cook, Count and
Control)
Tanpa prinsip ini, ramai usahawan makanan
yang kecundang separuh jalan. Ramai yang berjaya menjual makanan
RM500 sehari tetapi gagal menyimpan RM500 sebulan. Justeru ITKAU mahu
menekankan betapa untuk menjadi usahawan makanan yang berjaya ia
mesti berkebolehan dalam tiga elemen yakni;
1. Boleh memasak secara komersial (Masakan
yang menguntungkan).
2. Boleh melakukan pengkosan (Food costing).
3. Boleh mengawal (Mengurus selia).
Objektif ITKAU
1. Melahirkan tenaga kerja mahir yang terampil
dalam bidang kulinari.
2. Melahirkan industrialis makanan muslim yang
produktif dan beretika.
3. Melahirkan jutawan dalam bidang kulinari.
Perjuangan ITKAU
Bertolak dari pandangan masyarakat umum
yang meremehkan bidang kulinari (Buktinya, belum pernah berlaku
seorang lepasan SPM dengan 10A1 memohon untuk melanjutkan pelajaran ke
bidang masakan atau kulinari). Ironinya, bidang masakan
(kulinari) adalah pilihan akhir untuk pelajar lemah dan keciciran.
Justru, ITKAU mahu membuktikan bahawa
bidang kulinari adalah satu bidang yang berpotensi untuk dijadikan satu
KERJAYA. Ia juga mampu menghantar sesiapa yang menceburinya ke
puncak jaya dalam kehidupan. Siapa kata bidang kulinari tidak mampu
melahirkan jutawan?
ITKAU memiliki kampus tetap sendiri yang
terletak di :
Lot 2822, Batu 11, Gesir Tengah,
44020 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 05-4541205 / 019-5158910
SMS: 019-5158910