Pelbagai cara yang digunakan oleh para pengeluar barangan atau perkhidmatan untuk mengiklankan produk mereka. Ada yang kelihatan sangat kreatif, malah ada yang dirasakan sangat membosankan. Namun terdapat sesetengah para pengiklan menggunakan cara pengiklanan yang agak keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia.
Contohnya ada iklan di dalam surat khabar tempatan yang mempromosikan 'minuman tenaga' untuk lelaki dan ada tiga gambar perempuan dengan mata yang 'membulat' dan muka kelihatan sangat gatal dan miang. Model yang digunakan pula adalah dari bangsa Melayu.
Apakah sasaran pengeluar produk berkenaan hanya pada kalangan orang Melayu sahaja? Adakah orang Melayu ini sentiasa berfikir soal tenaga batin dan kepuasan seks semata-mata?. Iklan seperti di dalam akhbar berkenaan sangat mengjengkelkan. Begitu juga iklan dalam majalah-majalah.
Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsikan sebahagian babak dalam filem arahan Mat Sentul atau nama sebenarnya Mat Raship bin Yahya merupakan salah seorang pelakon di Cathay Keris Productions, Singapura. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.
**p/s :
-agak-agaknya idea macam ni, lepas tak untuk siaran televisyen di Malaysia?
-tongkat ali, kacip fatimah dan pelbagai lagi tumbuhan herba dalam dunia Melayu bukan hanya untuk seks semata. Ianya lebih untuk kesihatan serta kecergasan fizikal dan mental.