Kehadiran hampir 50 ribu rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka. Himpunan Turun juga diakhiri dengan lagu "Negaraku" sebaik saja menjelang
tahun 2014, sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan
Negara, sekaligus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk
menggulingkan kerajaan.
Banyak fitnah yang direka dan dilontarkan kepada rakyat sah Malaysia yang datang berhimpun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru yang lalu. Antara cerita yang ditomahkan ialah ia merupakan himpunan gulingkan kerajaan, ada bahan-bahan bahaya yang disyaki dibawa oleh peserta perhimpunan, keganasan berlaku, peserta perhimpunan meraba-raba perempuan, peserta perhimpunan membaling objek ke pentas hiburan yang kosnya dikatakan sebanyak 15 juta ringgit dan lain-lain lagi yang tidak ketahuan tuduhannya.

Ada juga yang mengatakan bahawa kononnya peniaga takut untuk berniaga kerana kuatir barang yang diniagakan akan rosak akibat rusuhan yang akan dilakukan oleh peserta perhimpunan. Sedangkan yang datang itu adalah berhimpun untuk membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan bantahan itu pula adalah secara aman dengan membawa sepanduk dan kertas yang tertulis luahan perasaan rakyat negara jiwa merdeka yang semakin lama semakin dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi.
Untungnya sesiapa yang berniaga pada malam itu dan tidak terpengaruh dengan tuduhan yang berniat jahat terhadap peserta perhimpunan
Luahan perasaan rakyat biasa
Dikhabarkan ramai juga warga negara asing yang berkunjung ke "pesta hiburan" yang dianjurkan namun mengapa tidak diambil peluang berkenaan untuk memeriksa dokumen pengenalan diri mereka. Manalah tahu kalau-kalau ada yang tidak sah dan palsu.
Seperti yang diujarkan oleh Presaiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), “Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata,”. Tambahnya,
tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat
terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.
“Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam,” katanya.
Beliau menambah, dalam keadaan negara yang menangung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, adakah "rakyat yang lain" tidak nampak perkara ini.
“Adakah itu tidak zalim? Peruntukan untuk konsert di dataran merdeka sebanyak 15 juta, adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?"

Konsep mereka ialah "duduk bantah", tiada sebarang rusuhan atau keganasa. Yang ada hanyalah provokasi pihak luar yang menyamar
Permintaan dari rakyat yang sekian lama memerhati perkembangan terkini negara |
Ekonomi merundum atas sebab keborosan berbelanja sumber ekonomi negara |
**Komen :
-rasuah, ketirisan ekonomi, ketamakkan, kepentingan golongan tertentu sahaja yang dijaga, ketidakcekapan pengurusan aset serta sumber alam negara adalah penyebab utama negara muflis dan jatuh kepada tahap inflasi.
-subsuidi kepada kos bahan mentah dan makanan serta perkhidmatan untuk rakyat bukan penyebab negara jadi miskin atau bankrup.
-kawalan cukai dan perbelanjaan negara yang efisyen iaitu berbelanja berdasarkan keperluan bukan kehendak adalah langkah paling berkesan untuk kawalan prestasi ekonomi negara.
-Singapura merupakan negara asalan Malaysia namun mereka menjadi negara ke tiga paling kaya di dunia sejak tahun 2012 dan 2013. Di mana kedudukan Malaysia yang kaya dengan sumber alam?